{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Debu jejaskan kesihatan

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

SEORANG penduduk menunjukkan keretanya yang diselaputi debu di Rumah Pangsa Sri Stulang, Johor Bahru, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

PENGHUNI Rumah Pangsa Sri Stulang di Johor Bahru kini terpaksa berdepan dengan masalah debu yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Masalah debu itu berpunca daripada kerja-kerja merata dan menambak tanah di sebuah tapak projek perumahan berhampiran.

Paling terjejas adalah penduduk yang tinggal di Blok Y dan N yang terletak tidak jauh dari kawasan projek.

Debu yang berterbangan dari kawasan projek tersebut menyebabkan kenderaan dan rumah penduduk diliputi debu merah.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penduduk yang turut mendakwa kesihatan mereka dan anak-anak terjejas akibat debu tersebut.

Sebagai wakil persatuan pengguna, saya sendiri pernah berjumpa dengan pihak pengurusan projek berkenaan dan mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk menangani masalah itu.

Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi mengatasi masalah tersebut.

Subhi Saad

Ketua Perhubungan Awam dan Media

Persatuan Penggerak Pengguna Johor

Jangan jadi negara maju tetapi ramai rakyat miskin

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Saudara Pengarang,

KAMI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) ingin turut berkongsi pandangan mengenai huraian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang usaha menjadi negara maju yang kini disifatkan berada pada landasan tepat.

Kami tidak menolak andaian tersebut dan tidak ada rakyat dan penduduk negara ini yang tidak mahu Malaysia menjadi negara maju kerana memang menjadi impian semua apabila kita berusaha menuntut kemerdekaan pada tahun 1940-an dan 1950-an.

Tetapi malangnya tidak banyak negara bekas tanah jajahan yang menjadi negara maju, apabila mereka merdeka, malah banyak yang jadi lebih teruk berbanding pada zaman penjajahan kerana salah tadbir'.

Di sini kami ingin bertanya kepada pakar ekonomi negara apakah indikator yang digunakan untuk mengukur konsep negara maju atau negara berpendapatan tinggi?

Jika ciri dan syarat atau kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan dolar Amerika, perlu diketahui perkara itu akan membawa masalah kerana banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan jika kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan mata wang berkenaan.

Ini kerana dolar Amerika bukan digunakan dalam urusan seharian rakyat. Jadi, apabila ringgit lebih kukuh berbanding dolar tahun lalu, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah pendapatan per kapita yang diukur dalam terma dolar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai?

Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran mata wang ini ke tepi, di sini izinkan kami buktikan mengapa sasaran AS$ 15,000 per kapita tidak boleh menjadi impian' bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya jika dicapai kelak.

Banyak sebab negara kaya raya tetapi rakyatnya miskin. Paling utama, majoriti isi rumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90 peratus pendapatan mereka hanya bersumberkan upah dan gaji termasuk yang bekerja sendiri.

Kami ingin mengingatkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jika diukur menggunakan kaedah pendapatan akan dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 28 peratus upah dan gaji, 67 peratus keuntungan perniagaan (termasuk pendapatan bersama) dan lima peratus cukai dan subsidi.

Maknanya, daripada keseluruhan KDNK, hanya 28 peratus terhasil daripada sumbangan upah dan gaji populasi Malaysia yang bekerja, ini adalah sangat rendah.

Sepanjang 15 tahun lalu, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK negara antara 26 hingga 32 peratus dan satu-satunya sebab mencapai 32 peratus ialah kerana kegawatan ekonomi pada 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan.

Di Singapura angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah tinggi iaitu 42 peratus pada 1997.

Berdasarkan kajian kami, jika kita hendak menjadi negara maju dan negara kaya macam New Zealand, Switzerland, Korea, Kanada, United Kingdom dan Jepun, jumlah upah dan gaji negara berkenaan antara 46 hingga 55 peratus.

Rakyat Malaysia tidak memperoleh pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka.

Realitinya kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah, begitu juga dengan isi rumah bumiputera masih berada dalam kelompok 40 peratus terbawah dalam strata isi rumah di Malaysia.

Oleh itu kami berpendapat, Malaysia jangan taksub sangat dengan sistem demokrasi dan kapitalisme Amerika serta tidak mudah masuk perangkap politik dan ekonomi mereka.

Apa yang penting, kita wajib dahulukan rakyat dan pastikan semua akan terangkum dalam usaha hendak menjadi negara kaya dan maju.

A. RAHMAN MAHADI

Presiden PPPMM

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat