{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


RM11.6j bantu pusat kebajikan

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMAD Yunos Mohd. Sood (kanan) disaksikan oleh Zawahir Abdullah (dua dari kanan) bersalaman dengan wakil penerima dalam majlis penyerahan Projek Bekalan Air Bersih 2014 di Madrasah Tahfiz Al-Mizan Tanjung Gading Timur, Parit Karang Darat, Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/shak Rahmad

LEDANG 7 Mac - Kira-kira 2,000 anak yatim, pelajar pusat tahfiz dan asnaf dari 50 institut kebajikan di seluruh negara menerima bantuan lebih RM11.6 juta menerusi Program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa Takaful Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Selatan Etiqa Takaful, Mohamad Yunos Mohd. Sood berkata, bantuan zakat itu diberikan dalam bentuk kewangan, pembinaan bangunan dan kemudahan seperti asrama, kelas pendidikan dan kantin.

"Sumbangan ini adalah sebahagian program pengagihan zakat tahunan kepada institut kebajikan di seluruh negara yang layak," katanya pada majlis penyerahan Projek Bekalan Air Bersih 2014 di Madrasah Tahfiz Al-Mizan Tanjung Gading Timur, Parit Karang Darat, Kesang, dekat sini semalam.

Sumbangan itu disampaikan beliau kepada Naib Mudim Madrasah tersebut, Hanafi Ali dan disaksikan Presiden Pertubuhan Bantuan Islam Malayisa (IAM), Zawahir Abdullah.

Sementara itu, Zawahir berkata, program itu merupakan kerjasama IAM dan Etiqa Takaful bagi membiayai kos alat penapis air dan sejak Januari lalu sebanyak 35 pusat tahfiz dan madrasah di empat negeri menerima bantuan berkenaan yang melibatkan kos RM70,000.

Bagi wilayah Selatan iaitu di Johor, tujuh pusat tahfiz yang semuanya di daerah ini menerima alat penapis air berkenaan dan projek tersebut yang memasuki fasa kedua tahun ini melibatkan Perak, Pahang, Kelantan dan Johor dengan setiap unit penapis air berharga RM2,000.

"Ini program kemanusiaan dan kebajikan setempat. IAM mengenal pasti pusat tahfiz dan madrasah yang memerlukan sebelum turun sendiri melaksanakan kerja pemasangan alat penapis air tersebut," katanya.

Hanafi pula bersyukur dan berterima kasih kepada pihak IAM dan Etiqa Takaful kerana menyumbang alat penapis air untuk kegunaan 220 pelajar pusat itu yang telah beroperasi sejak 13 tahun lalu.

Enam lagi pusat tahfiz di daerah ini yang menerima alat tersebut ialah Madrasah Nurul Ar-Dhain, Madrasah Tahfiz PKAYIM, Madrasah Tahfiz al-Quran At-Tarbiyah, Madrasah Al-Fath, Madrasah An-Nur dan Asrama Ibnu Abbas.

SMKA Maahad yakin diiktiraf SBT tahun ini

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

Norazmi Ihsan (barisan kedua, empat dari kiri) bersama guru dan para pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2013 dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Maahad Muar, Johor, baru-baru ini.

MUAR 7 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar yang saban tahun melahirkan pelajar cemerlang menyasar untuk mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun ini.

Pengetua SMKA Maahad Muar, Omar Salleh yakin mendapat status itu bersandarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang terutamanya tahun lalu.

"Saya amat yakin tercapai, pencapaian dan kejayaan gemilang selama ini adalah usaha bersama ibu bapa yang sanggup menyumbangkan masa, wang ringgit dan sebagainya bagi memastikan kejayaan anak-anak.

"Pihak sekolah juga percaya, muafakat dan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat membantu merealisasikan hasrat melahirkan ulama intelek dan intelek ulama, seiring matlamat dan visi Kementerian Pelajaran," katanya semasa Mesyuarat Agung PIBG Ke-33, Pelancaran Program Misykatul Maahad SPM, Program Hafiz Muda Kohort 3 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR di Dewan Sekolah tersebut, di sini baru-baru ini.

Seramai 98 pelajar sekolah berkenaan yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam PMR 2013 menerima penghargaan daripada PIBG sekolah tersebut.

Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai yang disambpaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi Out Post, Norazmi Ihsan yang juga bekas pelajar sekolah itu (1983-87).

Omar berkata, semangat kerjasama dan komitmen yang baik daripada PIBG membolehkan sekolah itu mendapat anugerah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 2011, manakala 2012 pula dianugerahkan dengan New Deal.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Dr. Khairul Azmi Mohamed berbangga dengan keputusan PMR dan menyatakan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama serta sokongan semua pihak khususnya ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, PIBG sentiasa mengharapkan kerjasama ibu bapa yang mempunyai pelbagai kepakaran tampil memberikan sumbangan berterusan untuk kejayaan dan kecemerlangan pelajar serta sekolah.

Norazmi turut melahirkan kebanggaan dengan pencapaian pelajar sekolah itu dalam bidang kokurikulum dan akademik dengan kerjasama PIBG yang melaksanakan program-program kecemerlangan pelajar.

Menurutnya, program Hafiz Muda yang dicetuskan pihak pentadbiran sekolah bermula dari tingkatan satu dapat melahirkan pelajar yang hafaz al-Quran sepenuhnya apabila mereka tamat persekolahan kelak.

Norazmi turut memberikan sumbangan RM15,000 untuk program Hafiz Muda Kohort 3 bagi merealisasikan hasrat melahirkan pelajar hafaz al-Quran.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat