Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM INSIDEN kematian enam orang pengunjung konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil akibat pengambilan dadah secara berlebihan baru-baru ini mengejutkan dunia. Seramai 10 mangsa pengambilan dadah sintetik secara berlebihan juga menerima rawatan di hospital manakala sebanyak 29 penonton ditangkap berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika di konsert berkenaan. Berikutan itu, polis membatalkan konsert hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama Ahad minggu lalu. Siasatan awal polis mendapati mangsa mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ekstasi dipercayai mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya baharu dan kemungkinan masih dalam peringkat ujian oleh sindiket dadah. Walaupun kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan di konsert atau festival bukan perkara baru di negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), tetapi boleh dikatakan tragedi FMFA ini merupakan antara yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah. Jika dahulu, kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika di konsert merupakan kes terpencil, namun baru-baru ini ia dilihat semakin bertambah berkemungkinan kerana ia kini lebih mudah didapati. |
Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT PELUANG mencium selebriti terkenal mungkin merupakan impian sesetengah orang, tetapi bagi Natalie Irish, mencium ikon muzik dan selebriti Hollywood merupakan sebahagian daripada kerjayanya. Bagaimanapun, wanita dari Houston, Texas ini tidak pernah bersua muka dengan wajah-wajah yang diciumnya itu. Ciumannya sekadar melekat di atas kanvas putih yang kemudian membentuk wajah-wajah mereka. Dia menghasilkan lukisan indah wajah-wajah ternama ini menggunakan ratusan ciuman bibirnya yang bergincu pada kanvas kosong. Antara potret yang pernah dihasilkan menggunakan ciumannya ialah Jimi Hendrix, Marilyn Monroe dan Kate Middleton. Bermula sebagai hobi, Natalie membuat keputusan untuk berhenti kerja di klinik veterinar di Houston pada 2010 bagi memberikan sepenuh masa untuk projek seninya itu. Cerita Natalie, idea untuk melukis melalui ciuman timbul pada satu malam ketika dia sedang bersiap-siap untuk keluar dengan berlipstik merah. Sedang dia mengelap lipstik di bibirnya menggunakan tisu, terus timbul idea di otaknya untuk menghasilkan lukisan menggunakan teknik ciuman, sama seperti teknik lukisan menggunakan cop jari yang dipelajarinya ketika di sekolah. Dia kemudian mula bereksperimen dan membuat keputusan wajah Marilyn Monroe sebagai wajah pertama yang dihasilkannya menggunakan ciuman. Mula-mula, Natalie akan melakar di atas kertas terlebih dahulu dan kemudian membuatnya sebagai rujukan untuk ciumannya. Melalui beratus-ratus tekanan dan sudut ciuman yang berbeza, Natalie menghasilkan pelbagai potret yang dipamerkan di dalam blognya, http://www.natalieirish.com. Melukis dengan ciuman bukan kerja mudah. Natalie mengakui yang bibirnya cepat lenguh dan matanya juga mudah pedih kerana asyik melihat kanvas terlalu dekat ketika sedang mencium. Sebagai mana artis lain yang begitu menjaga berus lukisannya, Natalie merawat bibirnya dengan mengoles jeli petroleum di bibirnya setiap malam. Selain lukisan menggunakan bibir, Natalie yang berbakat besar itu turut menghasilkan pelbagai karya seni lain seperti seni arca dan lukisan cat minyak. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |