{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Penyedia makanan untuk tetamu Allah

Posted: 26 Mar 2014 10:29 PM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
(Mengikuti Kembara Umrah Media Bersama Al-Munief dan Sutra Bistari Travel & Services)

Jemaah umrah Malaysia mendapatkan makanan yang disediakan Al-Munief selepas mengadakan tahlil di Gua Hira, Jabbar Nur, Mekah.

PADA peringkat awal kehadirannya di Tanah Suci Mekah hanya sebagai pembantu masakan untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji dan umrah Malaysia yang mengambil pakej dengan Tabung Haji Travel.

Begitulah permulaan bagi Sulaiman Ismail, 34, yang kini serius mengembangkan perniagaan dalam sajian makanan di kota suci itu hasil kerjasama dengan Al-Munief Catering Services (Al-Munief).

Tetapi kata Sulaiman, semua itu tidak datang dengan mudah. Namun, berbekalkan bakat dan hasrat murni untuk menawarkan perkhidmatan kepada tetamu Allah di Tanah Suci Mekah serta Madinah, dia mengorak langkah positif dalam bidang itu di bumi Arab Saudi.

Sulaiman yang berasal dari Banting, Selangor mengembangkan perniagaan di negara itu sejak lebih setahun lalu. Usaha- sama berkenaan memberikan pilihan kepada jemaah umrah untuk menikmati keenakan hidangan cita rasa Malaysia yang ditawarkan Al-Munief menerusi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan dimiliki Sulaiman.

Malah Sulaiman turut menggaji empat tukang masak dari Malaysia untuk menyediakan masakan Melayu cita rasa tempatan kepada jemaah umrah dari Malaysia.

Namun bukan mudah bagi Sulaiman untuk bertapak di bumi penuh keberkatan itu. Apatah lagi syarat kerajaan Arab Saudi yang perlu dipenuhi ialah mesti mendapatkan rakan kongsi tempatan di negara berkenaan.

Sulaiman mula melihat peluang perniagaan dalam bidang sajian makanan di Tanah Suci apabila berkesempatan mengadakan latihan selama tiga bulan bersama Tabung Haji Travel di Mekah pada 1999.

Ketika itu dia merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang masakan atau kulinari di Unitar.

Sulaiman membantu menyediakan masakan Melayu kepada 1,200 jemaah yang mengambil pakej Tabung Haji Travel untuk tiga kali hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Saya datang sebagai pembantu tetapi ilmu dalam bidang masakan sudah ada kerana ia turun temurun, pekerjaan keluarga saya adalah tukang masak.

Sebab itu saya menyambung pengajian dalam bidang kulinari di Unitar untuk mendapatkan lebih banyak ilmu, katanya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.

Menurut Sulaiman, selepas tamat latihan di Tanah Suci, dia kembali ke Malaysia untuk menyempurnakan pengajian peringkat diplomanya di Unitar.

Bakat memasak dimiliki Sulaiman memikat Tabung Haji Travel yang menawarkannya kerja sebagai tukang masak pada musim haji di Tanah Suci.

Pemuda itu mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada tahun 2000 untuk tempoh bermusim (tiga bulan setiap musim) dan memasak bagi 1,500 jemaah.

Secara keseluruhannya saya bekerja dengan Tabung Haji Travel selama enam musim sehingga 2006.

Di luar musim, saya mengendalikan perniagaan keluarga yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan di Banting, katanya.

Selepas 2006, Sulaiman mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memasak kepada petugas lembaga berkenaan dan orang kenamaan Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci.

Katanya, dia berkhidmat selama empat tahun dengan TH sebelum memutuskan untuk pulang ke Malaysia bagi memberi tumpuan mengendalikan perniagaan sajian makanan keluarganya yang semakin berkembang.

Memandangkan Sulaiman menyimpan hasrat mendalam untuk membuka perkhidmatan sajian makanan Malaysia kepada tetamu Allah di Mekah, dia kembali ke Arab Saudi pada 2012.

Kedatangannya kali ini adalah untuk cuba menjalankan perniagaan sajian makanan sendiri menerusi pengalaman, kebolehan, ilmu dan modal kira-kira RM600,000.

Cita-cita saya memang hendak menyediakan masakan Melayu dan membawa orang Malaysia sebagai tukang masak berkhidmat di Tanah Suci ini, ujar bapa kepada tiga anak itu.

Cubaan awal Sulaiman berdepan dugaan apabila seorang kenalan warga Arab Saudi yang digunakannya untuk bertapak di negara tersebut tidak menepati aspek sasaran yang dikehendakinya, katanya.

Sulaiman kemudian berpindah kepada Al-Munief pada Disember 2012 dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat berkenaan sehingga sekarang.

Saya mengenali Al-Munief kerana pernah berkhidmat di dapurnya di Mekah selepas diarahkan TH pada 2003 untuk memasak kepada jemaah Malaysia yang menjadi pelanggan syarikat itu, jelasnya.

Sulaiman memberitahu, dia memulakan perniagaan di Mekah selama setahun sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membuka dapur atau pejabat kedua di Madinah pada Disember tahun lalu.

Katanya, tidak ramai rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di Arab Saudi dan dia adalah anak jati negara ini yang pertama membuka dapur bagi menyediakan perkhidmatan sajian makanan.

Di Arab Saudi kita tidak boleh menjalankan perniagaan sendirian walaupun ada kepakaran dan pelanggan kerana perlu kerjasama dengan rakyat negara itu.

Sebab itu saya mengadakan kerjasama dengan Al-Munief tetapi pengurusan saya kendalikan sendiri, ujarnya yang mahu membawa perniagaannya itu ke tahap lebih tinggi.

Menurut Sulaiman, cabaran sedang dihadapinya sekarang ialah masih ramai khususnya ejen pelancongan yang tidak mengetahui bahawa Al-Munief dikendalikan oleh orang Malaysia.

Sebagai anak jati Malaysia yang datang berniaga di Arab Saudi dengan memberi khidmat kepada tetamu Allah, saya bukannya mahu meminta bantuan wang tetapi mahu sokongan dari negara sendiri, katanya.

Bahan masakan dari Malaysia

Posted: 26 Mar 2014 10:29 PM PDT

Sebanyak 60 peratus bahan kering yang digunakan Al-Munief seperti rempah ratus, cili, ikan bilis dan ikan masin dibawa dari Malaysia.

HIDANGAN nasi putih dengan lauk kari ikan, ulam, sambal selain nasi ayam, nasi lemak, sup ayam dan ayam masak lemak cili api merupakan antara menu popular bagi masyarakat di negara ini.

Percaya atau tidak, menu-menu berkenaan boleh didapati di Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi jemaah umrah yang melanggan perkhidmatan katering Al-Munief Catering Services (Al-Munief).

Lebih menarik, sebanyak 60 peratus bahan kering yang digunakan bagi memasak hidangan berkenaan seperti rempah ratus, cili, ikan bilis dan ikan masin dibawa dari Malaysia.

Al-Munief merupakan milikan penuh Al-Munief Trading Corporation yang ditubuhkan sejak 1977.

Perkhidmatan katering yang ditawarkan syarikat tersebut mendapat sambutan daripada pelbagai agensi pelancongan dari Indonesia dan Malaysia.

Kepakaran Al-Munief ialah menyediakan makanan Asia Nusantara.

Pengurus Al-Munief, Sulaiman Ismail berkata, kelebihan syarikat berkenaan ialah mempunyai empat tukang masak dari Malaysia yang mampu menyediakan cita rasa asli negara ini.

Empat lagi tukang masak Malaysia pula berada dalam senarai menunggu dan dijangka dapat memasuki Arab Saudi tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat.

Selain menawarkan perkhidmatan katering ke penginapan pelanggan, Al-Munief turut menyediakan perkhidmatan untuk jemaah yang ingin mengadakan majlis tahlil di Mekah.

Untuk sajian luar, kami turut menyediakan masakan ala arab atau Melayu berdasarkan permintaan. Kami menawarkan perkhidmatan katering yang berpatutan dan berbaloi kepada pelanggan, katanya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.

Menurut Sulaiman, hidangan makanan yang seimbang dan memenuhi cita rasa jemaah memainkan peranan penting ketika berada di Tanah Suci.

Jemaah datang ke Mekah dan Madinah menggunakan tenaga yang banyak untuk bergerak dan beribadat. Oleh itu aspek pemakanan adalah penting.

Mungkin semasa jemaah hendak mendapatkan makanan yang disediakan, makanan itu tidak menepati selera atau cita rasa menyebabkan mereka makan sedikit atau langsung tidak makan.

Segenlintir orang boleh terima tetapi kebanyakan jemaah tidak. Ini memberi kesan kerana mereka lazimnya berada lama di Tanah Suci, katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman memberitahu, pihaknya menyasarkan untuk memasak kepada kira-kira 50,000 jemaah Malaysia sebulan menjelang tahun depan berbanding 12,000 orang pada masa ini.

Katanya, Al-Munief juga akan memohon kepada Tabung Haji (TH) untuk mengambil semula pelanggan jemaah haji Malaysia.

Sudah lima tahun Malaysia tidak mengambil perkhidmatan Al-Munief atas faktor teknikal tertentu.

Sekarang ini kita hendak mohon dengan TH untuk mengambil balik kerana bila musim haji sahaja, berlaku kekurangan visa pekerja dan orang Malaysia memang susah nak dapat.

Sekarang itu bukan masalah besar bagi Al-Munief kerana kita sudah ada tukang masak Malaysia, katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan Al-Munief dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghantarkan emel almuniefmakkah@yahoo.com atau hubungi talian 0505683351/0547580783.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat