{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Besarnya erti persahabatan

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

ANGGOTA penyelamat membawa naik mayat dalam tragedi lapan sahabat mati lemas di Sungai Muar berhampiran pekan Buloh Kasap, Segamat, Johor baru-baru ini.

MASIHKAH anda ingat tragedi yang menggemparkan negara berlaku pada bulan lepas? Tragedi tentang lapan sekawan yang lemas di Segamat, Johor.

Kesemuanya berlaku secara hampir serentak sehingga menyebabkan kelapan-lapan sahabat tersebut menemui ajal mereka.

Tragedi ini berlaku apabila lapan sekawan ini sedang berjoging dan salah seorang daripada mereka berjalan di atas pasir jerlus yang membawanya ke dalam sungai.

Dan disebabkan rasa kasih kepada rakan mereka, satu demi satu datang menyelamatkan rakan-rakan mereka tanpa mengira risiko yang lebih besar menanti.

Tragedi ini mengingatkan kita bahawa betapa besarnya erti kasih sebuah persahabatan mereka yang cukup jarang dijumpai pada zaman milenium ini.

Jika diikutkan, umur mereka tidaklah mencecah angka 20 dan dikira masih mentah lagi tetapi akal fikiran mereka mengatakan yang sebaliknya.

Masyarakat di luar sana sepatutnya mengambil iktibar kejadian yang menimpa lapan sekawan ini supaya mengutuhkan lagi sifat setiakawan dalam kalangan sesama sendiri.

Biasanya, pada zaman ini, tidak ramai yang boleh kita anggap sebagai rakan atau sahabat sejati malah ada dalam kalangan rakan kita sendiri yang tikam belakang kita.

Janganlah kita mengharapkan orang lain yang memulakan langkah untuk menjadi rakan yang boleh dipercayai tetapi kitalah yang sepatutnya memulakan langkah pertama.

Caraya mudah sahaja. Kita janganlah bersikap talam dua muka ketika berada di sisi kawan kita. Kita mungkin berbaik-baik di depan mereka tetapi mengutuk mereka di depan orang lain.

Jika bersikap seperti tadi, kemungkinan besar untuk hilang satu demi satu rakan - rakan kita tak boleh dinafikan lagi.

Hanya kawan-kawan yang sejati akan menolong kita apabila ditimpa kesusahan dan sama-sama menangis ketika kita sedang sedih.

Jadi, amatlah besar erti sebuah persahabatan yang benar-benar sejati.

SHAHRIS SUHAIMI

Kuala Lumpur

Tip buat lelaki berambut panjang!

Posted: 08 Mar 2014 05:14 AM PST

REMAJA lelaki yang menggemari potongan rambut panjang mampu memukau orang lain jika kena pada gayanya.

Bagaimanapun, mereka yang memilih gaya rambut panjang perlu peka dan mendandan serta membelai rambut supaya kemas, bersih dan menarik, sama seperti kaum Hawa menjaga rambut mereka. Apatah lagi, kaum Adam merupakan golongan yang memiliki gaya hidup lasak. Maka, mereka tidak boleh mengambil mudah berbanding rakan-rakan lain yang memilih untuk berambut pendek.

Terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh mereka yang berambut panjang supaya setiap kali ditiup angin atau ketika mendekati teman wanita, mereka tidak jauhkan diri daripada anda disebabkan bau yang kurang menyenangkan ataupun kelihatan tidak menarik.- DHIYAZULHILMI DAUD

KERAP CUCI RAMBUT

APABILA kamu berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sangat tinggi. Berdasarkan fakta, lelaki lebih cenderung berpeluh dengan banyak berbanding perempuan. Kamu disaran mencuci rambut setiap hari untuk mengelakkan daripada berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Lebih-lebih lagi, penunggang motosikal yang memakai helmet untuk tunggangan lasak dan perjalanan yang jauh.

BIARKAN RAMBUT KERING

SELESAI sahaja kamu mencuci rambut, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Mengelap rambut basah dengan tuala memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering dan menyebabkan rambut kelihatan kusut dan tidak menarik!

JANGAN IKAT KETAT RAMBUT

MASALAH traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku kerana memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat. Ini menyebabkan kamu mengalami keguguran rambut yang banyak dan mungkin juga lama-kelamaan, botak! Selain itu, rambut kamu yang panjang juga boleh patah dan rosak.

SYAMPU

MEMBASUH rambut sahaja tidak memadai jika kamu tidak mencucinya dengan syampu. Urut rambut kamu dengan syampu yang sesuai dengan menggunakan hujung jari dan bilasnya dengan menggunakan air sejuk. Hindari air panas untuk membilas rambut kerana ia akan menyebabkan perapi yang terdapat pada syampu tersebut terpisah daripada kulit kepala dan kamu tidak mendapat rawatan yang baik.

TRIM

TRIM atau buang rambut yang telah rosak merupakan tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Sama ada ke salun ataupun menggungting sendiri. Potonglah hujung rambut untuk mengelaknya daripada bercabang. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.

Akhir sekali, .com juga menasihatkan kepada remaja lelaki yang berambut panjang supaya menyikat rambut mereka dengan sisir ke belakang ataupun tengah supaya sentiasa kelihatan kemas.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat