Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Peka dengan perubahan kesihatan Posted: 10 Mar 2014 09:22 PM PDT Oleh Siti Aishah Yusoff SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki. Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser. Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Sebanyak 34 peratus wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki. Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut. "Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya. Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki. Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya. "Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut. Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya. Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. "Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya. Oleh Siti Aishah Yusoff Gambar Izham Jaafar SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki. Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser. Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Sebanyak 34 peratus wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki. Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut. "Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya. Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki. Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya. "Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut. Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya. Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. "Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya. Oleh Siti Aishah Yusoff Gambar Izham Jaafar SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki. Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser. Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Sebanyak 34 peratus wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki. Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut. "Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya. Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki. Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya. "Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut. Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya. Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. "Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |