{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Kaedah ujian kehamilan

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

SAYA baharu sahaja berkahwin tiga minggu. Sejak kebelakangan ini, saya mudah terasa mual. Kawan saya menasihatkan saya untuk menjalani ujian kehamilan di rumah. Saya merasa amat pelik, adakah saya perlu menjalani ujian tersebut.

Salmiah, Negeri Sembilan

Jawapan

Semua ujian kehamilan mengukur aras hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (human Chorionic Gonadotrophin-hCG) dalam badan. Namun dua jenis ujian ini berbeza dari segi cara (dan waktu) mengesan status kehamilan. Ujian kehamilan di rumah ialah ujian air kencing. Kaedah ini mengesan aras hCG dalam air kencing, tetapi hanya positif apabila hormon itu mencapai satu aras tertentu. Namun, ada sesetengah ujian kehamilan di rumah yang agak lebih sensitif. Ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan aras hCG yang rendah beberapa hari sebelum haid bermula.

Sama ada anda menggunakan ujian kehamilan biasa di rumah atau yang lebih sensitif, jika mereka menggunakannya terlalu awal semasa peringkat kehamilan, aras hCG dalam air kencing mungkin belum cukup tinggi untuk mendapatkan keputusan yang positif.

Hampir kesemua ujian kehamilan air kencing akan memberi keputusan yang tepat jika seseorang wanita melakukannya sekitar masa biasa haid bermula, kira-kira dua minggu selepas mereka berovulasi (bertelur) atau mencapai waktu subur. Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan, iaitu hCG dalam air kencing. Badan mereka mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan menempel (implantasi) pada rahim.

HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Keadaan ini boleh dikesan dalam air kencing daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. Dalam masa beberapa hari selepas proses penempelan, aras hCG akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid sepatutnya datang.

Jika mendapati keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana aras hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid sepatutnya datang. Jika haid terlewat dan keputusan yang diperolehi negatif, mereka perlu menunggu beberapa hari lagi, kemudian boleh mengujinya semula.

Seseorang wanita akan mendapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan hamil walaupun terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan mereka.

Mereka boleh mengetahui berapa sensitif alat penguji kehamilan itu dengan membaca maklumat yang ada pada kotak alat penguji tersebut. Mereka akan dapati bahawa konsentrasi hCG diukur dalam unit mili-Internasional (mIU) per mililiter. Alat penguji dengan sensitiviti (kepekaan) 20 mIU/ml adalah lebih sensitif daripada yang berkesensitifan 50 mIU/ml.

Masa untuk menjalani ujian kehamilan

Kebanyakan alat penguji boleh menunjukkan sama ada seseorang wanita hamil atau tidak pada hari pertama haid mereka lewat datang. Alat penguji yang lebih sensitif mungkin boleh mengesan hCG pada tahap yang rendah beberapa hari sebelum haid dijadualkan tiba tetapi ujian seawal ini mungkin tidak memberikan keputusan yang tepat. Keputusan juga bergantung kepada alat penguji yang digunakan, mereka boleh membuat ujian pada bila-bila masa sepanjang hari. Cuba jangan minum terlalu banyak sebelum membuat ujian kerana ini boleh mencairkan hCG dalam air kencing.

Sesetengah alat penguji mencadangkan wanita melakukan ujian pada waktu pagi, apabila mereka pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu. Ini terutama jika mereka menguji pada hari-hari yang awal. Keadaan ini disebabkan aras hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa mereka tidur pada waktu malam. Oleh itu, lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama.

Jika haid tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenal pasti bilakah haid seseorang wanita sepatutnya tiba. Sebagai panduan, mereka boleh menggunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian.

Jika mereka baru berhenti mengambil pil perancang, mereka mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian sama ada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian negatif, mereka sepatutnya membuat ujian lagi dalam masa tiga hari.

Pfizer masuk kampung

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

TERLETAK di kawasan yang terpencil di bahagian utara Sarawak, Kampung Awat-Awat merupakan sebuah perkampungan nelayan terpencil 35 kilometer dari bandar Lawas.

Kampung ini dihubungkan dengan tanah besar menggunakan sampan.

Masyarakat yang terdiri daripada kira-kira 2,000 penduduk menjalankan aktiviti nelayan dan terkenal sebagai pengeluar tahai ikan salai.

Walaupun penduduk menjalani kehidupan yang boleh dikatakan cukup kemudahan elektrik, air dan makan, mereka masih kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan. Justeru, Pfizer iaitu sebuah syarikat berasaskan penyelidikan farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan pengguna dan Persatuan Perancang Keluarga Sabah telah menganjurkan program pemeriksaan kesihatan di Kampung Awat-Awat untuk menawarkan ujian kesihatan asas percuma untuk penduduk kampung.

Program ini menyediakan pemeriksaan kesihatan umum yang terdiri daripada pengiraan BMI, ujian penglihatan, ujian tekanan darah, ujian darah umum, pap smear dan pemberian ubat menghapuskan kutu kepala kepada kanak-kanak. Perundingan profesional juga disediakan oleh kakitangan terlatih.

Menurut Penganalisis Saintifik Perubatan Pfizer, Tan Wuan Chin, ramai yang didapati mempunyai tekanan darah tinggi disebabkan oleh pemakanan penduduk yang terdiri daripada ikan masin.

Kebanyakan penduduk juga mempunyai masalah penglihatan. Keputusan ujian kesihatan diberikan kepada setiap penduduk sebagai rujukan perubatan. Surat rujukan juga dikeluarkan bagi mereka yang memerlukan bantuan susulan," tambah Wuan Chin.

Pasukan Pfizer juga bekerja keras untuk mendidik penduduk kampung tentang gejala dan pencegahan penyakit kulit seperti kudis yang disebabkan hama Sarcoptes scabiei.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat