Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT Oleh Nazmil Nasiruddin Penyelia Unit Kualiti dan Kawalan Infeksi Hospital Putrajaya,Amin Zafri Abd Rahman (tengah) dan kakitangannya mengedarkan sebanyak 3,000 topeng muka secara percuma kepada para jemaah yang menunaikan solat jumaat dan solat hajat Pesawat MAS MH370 di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 14 Mac - Sebanyak 10,000 topeng muka akan diagih-agihkan kepada orang ramai di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, inisiatif itu diambil selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mula meningkat melebihi 200 dan ini menunjukkan kualiti udara tidak sihat. Beliau berkata, topeng berkenaan juga akan diedarkan kepada sekolah dan juga tadika. Kesihatan perlu dijaga, saya tidak mahu anak-anak ini menghadapi masalah pernafasan kerana jerebu kali ini agak teruk. Orang ramai juga dinasihatkan tidak keluar rumah dan minum air dengan secukupnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan topeng muka kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim. Sementara itu, Gulam berkata, sebanyak 8,000 lagi topeng muka akan ditambah untuk diedarkan di kawasan yang terjejas dengan jerebu. Beliau menambah, cawangan UMNO bahagian juga akan menggerakkan jentera ke tempat yang terjejas untuk mengagihkan topeng muka berkenaan. Dengan adanya topeng yang kami agihkan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko orang ramai mengalami masalah pernafasan," katanya. |
MH370: Solat hajat di Parlimen Setiawangsa Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT Sebahagian jemaah yang menyertai solat hajat memohon keselamatan penumpang pesawat MH370 di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil, Ahmad Phesal Talib. - UTUSAN/Hafiz Johari KUALA LUMPUR 14 Mac - Kira-kira 3,000 orang menyertai solat hajat di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai,dekat sini hari ini. Ia bagi memohon petunjuk Allah SWT mempermudahkan operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu selain mendoakan keselamatan penumpang serta anak kapal. Majlis dianjurkan bersama Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Gabungan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan DBKL Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiawangsa dan Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Seri Rampai. Solat hajat yang dimulakan selepas solat Jumaat itu dipimpin oleh Imam Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Seri Rampai, Rosli Kadir. Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, ia sebagai sebahagian menyambut saranan pihak kerajaan supaya solat hajat diadakan. Solat hajat ini dapat menambahkan kekuatan serta keupayaan melalui pertolongan Allah. Saya berharap mereka yang terlibat dan ahli keluarga dapat bersabar selain mendoakan pesawat MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini. Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor, Yang Dipertua Majlis Gabungan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan DBKL Wilayah Persekutuan, Razak Abdul Karim dan Pengerusi Masjid berkenaan, Abdullah Abdul Rahman. Terdahulu, Ahmad Phesal turut menyampaikan khutbah solat jumaat kepada para jemaah . Sebaik selesai, topeng muka diedarkan kepada para jemaah oleh Ahmad Fauzi ekoran masalah jerebu yang melanda ibu kota. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |