Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
India sertai misi mencari dan menyelamat MH370 Posted: 11 Mar 2014 06:48 PM PDT NEW DELHI 12 Mac - Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas. Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu, lapor Media India. Operasi SAR memasuki hari kelima hari ini. Lebih 40 kapal dan 26 pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA |
Tidak boleh tolak kemungkinan pengganas - CIA Posted: 11 Mar 2014 03:51 PM PDT WASHINGTON 12 Mac - Pengarah Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), John Brennan semalam berkata, pegawai perisik tidak boleh menolak kemungkinan kegiatan pengganas sebagai faktor kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang berlaku Sabtu lalu. Anda tidak boleh menolak sebarang teori berkenaan kejadian itu," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini. Sebelum ini, agensi polis antarabangsa (Interpol) menolak kaitan kejadian kehilangan pesawat itu dengan aktiviti pengganas. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |