Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
MH370: Radar tentera kesan pesawat tidak dikenali Posted: 14 Mar 2014 07:02 PM PDT WASHINGTON 15 Mac - Laporan terbaharu menunjukkan pesawat MH370 mungkin menuju ke Kepulauan Andaman di Lautan Hindi, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang wujud perbuatan sabotaj, khianat atau rampasan. Agensi berita Reuters yang memetik sumber siasatan berkata, radar tentera dipercayai milik Malaysia mengesan sebuah pesawat tidak dikenali, disyaki MH370 menuju ke arah pulau tersebut. Sumber tersebut turut menjelaskan, kerajaan Malaysia meminta data radar dari Thailand, Indonesia dan India yang mempunyai sebuah pangkalan tentera laut di Kepulauan Andaman. - REUTERS |
MH370: Hanya juruterbang profesional boleh ubah haluan penerbangan Posted: 14 Mar 2014 07:00 PM PDT WASHINGTON 15 Mac - Laporan terbaharu tentang perubahan laluan penerbangan pesawat MH370 menunjukkan kemungkinan penglibatan individu profesional yang mahir dalam sistem penerbangan, kata pakar. Ketua editor majalah Flying yang juga juruterbang pesawat komersial, Robert Goyer berkata, hanya juruterbang profesional yang boleh mengubah haluan penerbangan selepas petunjuk baharu mendedahkan penerbangan pesawat MH370 menuju ke Lautan Hindi. Kemungkinan pesawat itu dikawal oleh sekumpulan pakar dengan sekurang-kurangnya seorang juruterbang yang terlatih atau seorang daripada juruterbang MH370 mengawal program untuk mengubah haluan melalui sistem pengurusan penerbangan," katanya kepada CNN. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |