Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
AS tarik balik kapal tentera laut Posted: 17 Mar 2014 06:49 PM PDT WASHINGTON 18 Mac - Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diundurkan daripada operasi itu. Pegawai Pentagon semalam berkata, keputusan itu dibuat kerana pencarian dalam kawasan operasi itu kini lebih efisien dengan menggunakan pesawat pemantau. - AFP |
Singapura tawar bantuan Pusat Fusian Maklumat Tentera cari MH370 Posted: 17 Mar 2014 06:39 PM PDT SINGAPURA 18 Mac - Angkatan Tentera Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Pusat Fusion Maklumat (IFC) yang mempunyai rangkaian dengan 13 tentera laut dan 51 syarikat perkapalan awam di seluruh dunia bagi mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370. Dalam satu kenyataan, SAF berkata, IFC telah mengaktifkan rangkaiannya dengan kapal-kapal untuk melaporkan sebarang pemandangan luar biasa di kawasan carian yang ditetapkan. Lebih banyak syarikat dijangka akan dihubungi. Kenyataan itu menyebut, IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat. Menurut SAF, pesawat peronda Tentera Laut Republik Singapura Fokker-50 (F-50 MPA) yang telah dikerahkan ke Pangkalan Udara Malaysia di Butterworth pada 14 Mac lepas, telah kembali ke Singapura, pada Isnin berikutan pihak berkuasa Malaysia telah menghentikan operasi mencari dan mengesan (SAL) di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kenyataan itu menyebut SAF bersedia memberikan bantuan lanjut bagi menyokong usaha SAL antarabangsa. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |