{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


Pilihan raya Thailand tidak sah

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Sekumpulan penduduk Thailand mengadakan demonstrasi membantah keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya umum pada 2 Februari lalu, di Bangkok, Thailand semalam. - REUTERS

BANGKOK 21 Mac - Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini memutuskan pilihan raya umum negara ini pada Februari lalu tidak sah, menyaksikan pilihan raya baharu bakal diadakan, sekali gus menyebabkan krisis politik di negara ini berlarutan.

Barisan hakim memutuskan pilihan raya umum itu pada 2 Februari lalu melanggar Perlembagaan kerana proses pengundian tidak diadakan pada hari yang sama di 28 kawasan pilihan raya, selepas proses pendaftaran calon dihalang oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

"Pilihan raya baharu perlu diadakan," kata Setiausaha Agung mahkamah tersebut, Pimol Thampitakpong pada satu sidang media.

Bagaimanapun tarikh pilihan raya umum baharu tidak dinyatakan.

Kebiasaannya, tarikh pilihan raya ditetapkan oleh kerajaan selepas berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Keputusan mahkamah itu dilihat tidak akan mempengaruhi krisis politik di negara ini yang tercetus sejak hujung tahun lepas apabila penunjuk perasaan antikerajaan menggesa pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra digantikan dengan sebuah majlis yang dilantik rakyat untuk melaksanakan pembaharuan.

Yingluck, bagaimanapun tidak tunduk pada tuntutan itu dan enggan berundur, sebaliknya mengumumkan pilihan raya umum lebih awal dalam usaha mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan cuba menghalang pilihan raya itu dengan mengadakan tunjuk perasaan dan menakutkan-nakutkan bakal calon serta pengundi.

Tindakan penunjuk perasan tersebut menyebabkan proses pengundian tidak boleh diadakan pada hari yang sama.

Pada masa sama, parti pembangkang Parti Demokrat memulau pilihan raya umum tersebut.

Ekoran proses pengundian tidak dilengkapkan, tiada keputusan diumumkan walaupun di kawasan-kawasan yang tidak menghadapi sebarang masalah.

Walaupun pilihan raya baharu akan diadakan, Yingluck bakal berdepan beberapa tindakan undang-undang yang mungkin memaksa beliau berundur daripada arena politik negara ini. - AGENSI

Khutbah Jumaat diterjemah ke bahasa Melayu

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

MEKAH 21 Mac - Jemaah solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hari ini berpeluang mendengar khutbah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Urdu dan Perancis.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, beberapa minggu lalu, pihaknya telah memulakan usaha menterjemah khutbah Jumaat di kedua-dua masjid itu ke dalam bahasa Melayu, Urdu dan Inggeris.

Jelas beliau, di Masjidilharam, khidmat penterjemahan itu disediakan berhampiran pintu Raja Fahd, yang ditetapkan untuk jemaah bukan Arab.

Untuk mendengar khutbah dalam bahasa pilihan mereka, jemaah hanya perlu memakai fon kepala dan peranti audio yang disediakan, lapor Arab News.

Peranti tersebut disambung kepada frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam bertugas.

Bahasa Melayu digunakan oleh penduduk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, manakala bahasa Perancis digunakan meluas di benua Afrika.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat