Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Serangan di Thailand, 4 cedera Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT beberapa orang penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di khemah mereka di Taman Lumpini di tengah Bangkok, kelmarin. - AFP BANGKOK 22 Mac - Kira-kira empat orang cedera dalam beberapa serangan bom tangan di kawasan-kawasan pelancongan di utara Thailand yang disifatkan oleh polis, hari ini mempunyai kaitan dengan krisis politik di negara ini. Serangan-serangan di Chiang Mai, malam tadi itu berlaku beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan pilihan raya umum negara ini pada 2 Februari lalu sebagai tidak sah, sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kerajaan. Sasaran serangan tersebut merupakan sebuah restoran makanan laut, sebuah stesen minyak dan sebuah kilang arak yang sebelum ini dikritik kerana mempunyai kaitan dengan keluarga penunjuk perasaan antikerajaan. Komander Polis Wilayah Chiang Mai, Grit Gitilue berkata, empat orang cedera dalam kejadian tersebut, namun mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. Kami melihat dua kemungkinan motif serangan tersebut, iaitu yang pertama melibatkan masalah peribadi dan kedua ialah politik. Kami lebih melihat kepada motif politik, katanya. Polis berkata, dua bom tangan turut dilemparkan berdekatan lokasi demonstrasi antikerajaan di Chonburi, wilayah timur Thailand, malam tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan. Serangan tersebut memberi tamparan hebat kepada usaha kerajaan menarik semula kedatangan pelancong ke negara ini, selepas perintah darurat ditarik balik di Bangkok, ekoran ketegangan akibat krisis politik yang menyaksikan 23 orang maut, semakin berkurangan. - AFP |
Korea Utara lancar 30 peluru berpandu Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT SEOUL, 22 Mac - Korea Utara melancarkan 30 peluru berpandu jarak dekat ke dalam laut pada satu siri ujian peluru berpandu, hari ini. Ketua Bersama Staf Korea Selatan berkata, ujian itu merupakan yang terbaru oleh Pyongyang, walaupun Seoul dan Washington sebelum ini menyuarakan bantahan kepada Korea Utara supaya menghentikan tindakan provokasi. Korea Utara melancarkan 30 peluru berpandu jarak dekat antara pukul 4 pagi dan 6.10 pagi (1900-2110 GMT Jumaat) pagi ini dari kawasan pantai timur negara itu ke arah Laut Jepun (Laut Timur))," kata seorang jurucakap Ketua Bersama Staf Korea Selatan. Peluru berpandu itu dipercayai terbang sejauh kira-kira 60 kilometer," tambah beliau. Seorang penganalisis berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari lokasi sama di mana 25 peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan pada Ahad lalu dekat timur pelabuhan Wonsan. Ujian peluru berpandu pada Ahad lalu itu merupakan peluru berpandu jarak dekat era Soviet yang dikenali sebagai Frog pada 1960-an. Ia merupakan luahan kemarahan pada satu latihan ketenteraan bersama" oleh Korea Selatan bersama sekutunya Amerika Syarikat, kata Profesor Yang Moo-Jin dari Universiti Kajian Korea Utara kepada AFP. Ia bukan sesuatu yang asing bagi Pyongyang melaksanakan ujian seperti itu tetapi ujian yang dilakukan oleh Pyongyang minggu ini dilihat terlalu ketara. Ujian peluru berpandu hari ini merupakan siri keenam dalam tempoh sebulan. Korea Selatan awal minggu ini menggesa Korea Utara menghentikan apa yang mereka panggil tindakan provokasi dan ujian berpotensi membawa bahaya. Korea Utara perlu menghentikan tindakan itu yang boleh mencetuskan ketegangan ketenteraan dan membuatkan jirannya tidak selesa," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-Seok kepada pemberita pada Isnin lalu. Tindakan provokasi yang dibuat tanpa sebara notis ... boleh membawa bahaya kepada kapal-kapal di laut dan kapal terbang yang lalu di perairan itu, tambah beliau. Jabatan Negara Amerika Syarikat turut menggesa Pyongyang menghentikan tindakan provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan. Beijing awal bulan ini turut melahirkan kebimbangan selepas Korea Utara melancarkan ujian roket di laluan pesawat syarikat penerbangannya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |