Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Lloyds of London mula bayar tuntutan insurans kepada MAS Posted: 26 Mar 2014 07:30 PM PDT LONDON 27 Mac - Pasaran insurans tertua di dunia, Lloyds of London telah mula membayar tuntutan kerugian kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 walaupun misi mencari masih diteruskan di Lautan Hindi. Pengerusi pasaran itu, John Nelson berkata, kos sebenar pembayaran kepada MAS masih belum ditetapkan kerana jumlah sebenar bergantung kepada punca insiden tersebut. "Sebagai contoh, Lloyds mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk mengetahui punca pesawat Air France terhempas pada 2009," katanya tanpa mendedahkan jumlah yang dibayar kepada MAS. - AGENSI |
FBI: Analisis data simulator makan masa dua hari Posted: 26 Mar 2014 07:29 PM PDT WASHINGTON 27 Mac - Proses analisis data simulator milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan mengambil masa selewat-lewatnya dua hari lagi. Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berkata, pihaknya diminta oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mendapatkan semula fail yang dipadamkan dalam cakera keras simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah. Comey berkata, siasatan ke atas fail yang dipadamkan itu mungkin akan membantu merungkai situasi sebenar yang berlaku kepada pesawat MH370. "FBI jangkakan proses mendapatkan semula fail terbabit akan mengambil masa sehari atau dua hari lagi," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |