Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
FBI hulur bantuan siasat kes pesawat MH370 hilang Posted: 08 Mar 2014 07:29 PM PST WASHINGTON 9 Mac - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghantar beberapa ejen dan pakar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor akhbar LA Times pada hari ini. Menurut LA Times, ejen FBI akan membantu meneliti rakaman imej setiap penumpang MH370 menerusi rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pangkalan data antikeganasan. Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dipercayai warga negara AS. "Senarai tersebut membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri. Bagaimanapun dua penumpang yang menggunakan pasport curi belum cukup membuktikan kes kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan," kata pegawai itu. - DPA/AGENSI |
Pasport curi dua individu diguna penumpang pesawat MH370 Posted: 08 Mar 2014 08:26 AM PST VIENNA/ROM 9 Mac - Dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang di Laut China Selatan awal hari ini, dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan. Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam jet penumpang tersebut seperti disenaraikan oleh syarikat penerbangan berkenaan. Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada bulan Ogos lalu. Agensi berita ANSA pula melaporkan, ibu bapa Maraldi telah pun menghubunginya yang kini berada di Thailand dan mengesahkan anak mereka selamat. Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |