Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT Oleh SITI NOORALINA AHMAD M.R.RAMAN SHAH ALAM 20 Mac - Seorang pengawal keselamatan berdepan dengan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah, minggu lalu. M.R. Raman, 46, didakwa membunuh Rasiyah Tawil, 44, warga Indonesia di No. 4-11 Blok 53, Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/100 Seksyen 7 di sini antara pukul 4.30 pagi dan 6 pagi, 13 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Lelaki itu mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Elyana Razali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 April ini. |
Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT Sari Yanti PETALING JAYA 20 Mac - Suami kepada pelakon Sari Yanti mengemukakan permohonan nusyuz selepas tidak bersetuju dengan tindakan isterinya itu memfailkan permohonan cerai bulan lalu. Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 7 Mac lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes tersebut dan Mohd. Edy Casmadi hadir sebagai plaintif namun Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang dinamakan sebagai defendan tidak kelihatan di mahkamah. Peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili plaintif memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya telah menyerahkan saman tersebut di rumah Sari Yanti di sini namun defendan tiada di rumah ketika itu. Katanya, saman itu kemudian diserahkan di rumah keluarga defendan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. "Ketika itu defendan tiada di rumah, kakaknya yang menerima saman itu. Oleh yang demikian, penyampaian saman itu tidak sempurna," katanya. Peguam syarie itu turut memaklumkan, pihaknya memfailkan afidavit penyampaian kepada mahkamah, semalam. Menurut beliau, Sari Yanti yang kini popular menerusi program Fear Factor Musim Kedua sudah maklum mengenai prosiding hari ini namun gagal untuk menghadirkan diri. Pihak plaintif seterusnya memohon untuk menyampaikan saman gantian secara tampalan di rumah keluarga defendan dan memohon untuk menukar alamat penyampaian di Kuala Pilah. Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah membenarkan permohonan plaintif untuk menyampaikan saman gantian bagaimanapun mengarahkan plaintif membuat permohonan secara bertulis. Abd. Halim juga membenarkan alamat defendan bagi penyampaian saman ditukar. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 April ini. Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Mohd. Edy Casmadi meminta pihak media tidak bertanyakan sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangga mereka. Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti. "Tanya dia (Sari Yanti), jangan tanya saya. Lebih baik dia yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya. Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, Rabu lalu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |