{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


8 KS1M lagi dibuka tahun ini

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Tengku Muhammad Sultan Abu Bakar (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pemain futsal Politeknik Pahang sambil diperhatikan oleh Kamaruddin Hamzah (dua dari kiri) dan Abu Bakar Ahmad (kiri) pada majlis penyerahan tajaan Kafe Siswa 1Malaysia di Kuantan, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 11 Mac - Kafe Siswa 1Malaysia (KS1M) akan dibuka di lapan buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini dalam usaha mengurangkan beban penuntut akibat kenaikan kos sara hidup.

Pengerusinya, Datuk Tengku Muhammad Sultan Abu Bakar berkata, sambutan menggalakkan di kalangan pelajar di KS1M yang pertama iaitu di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini mendorong lebih banyak kafe seumpama itu ditempatkan di IPTA.

"KS1M di Polisas beroperasi sejak 2012 menawarkan harga berpatutan kepada penuntut iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

"Berkonsepkan layan diri penuntut bebas mengisi sebanyak mana nasi yang dimahukan dengan satu jenis lauk sama ada ayam, ikan atau daging, sayur dan minuman dengan dikenakan caj sebanyak RM4," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tajaan KS1M Kepada Pasukan Futsal Politeknik Pahang di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah; Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad; Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Wan Hafifi Wan Abdullah dan Pengarah Politeknik Metro Kuantan, Norlida Abd. Razak.

Menurut Tengku Muhammad, IPTA yang telah dikenal pasti adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa politeknik di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

"Setakat ini kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan dan mereka turut menyatakan persetujuan.

"Jika terdapat ruang dan peluang di mana-mana IPTA kita akan teruskan tetapi dalam masa yang sama tidak akan menjejaskan kafe-kafe sedia ada," jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya tidak mahu menjadi saingan kepada pengusaha kafeteria sedia ada tetapi sekadar memberi kemudahan kepada golongan penuntut kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka.

"Kafe-kafe sedia ada masih boleh meneruskan operasi kerana di satu-satu IPTA terdapat lebih daripada tiga kafeteria. Penuntut boleh memilih sama ada KS1M atau kafe lain. Isu persaingan tidak timbul kerana penuntut bebas membuat pilihan," ujarnya.

9 penuntut UiTM jalani latihan di MTNR dirai

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

JERANTUT 11 Mac - Sembilan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang mengikuti latihan praktikal di Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Kuala Tahan di sini diraikan baru-baru ini.

Pegawai Operasi MTNR, M. Satiyasilan berkata, penuntut berkenaan menjalani latihan membabitkan urusan menyambut tetamu, komunikasi awam, penyelenggaraan chalet, pemanduan pelancong, makanan, promosi menerusi laman sesawang dan sebagainya.

"Pengambilan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta menjalani praktikal di MTNR selari dengan hasrat kami untuk membuka pintu kepada pelatih dari luar bagi mendalami bidang pengurusan pelancongan bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita.

Pelajar berkenaan memilih pusat peranginan itu untuk mengikuti latihan selama dua bulan bagi melengkapkan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.

Dalam pada itu, Pengurus Pelancongan MTNR, Sabri Abdullah (gambar) berkata, pelajar terbabit perlu mengekalkan sikap positif masing-masing sebagai jaminan untuk memperoleh kerjaya pada masa depan dan mampu menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara.

KKL promosi latihan kemahiran keusahawanan di gugusan Felda

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Seorang kakitangan Kolej Komuniti Lipis (kiri) menerangkan tentang kursus jangka pendek keusahawanan kepada pengunjung pameran usahawan di Felda Chiku Satu, Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 11 Mac - Pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Lipis (KKL) di sini menjelajah kawasan gugusan Felda di jajahan Gua Musang, Kelantan dalam usaha mempromosikan peluang latihan kemahiran keusahawanan kepada masyarakat berkenaan.

Program sehari itu yang julung kali diadakan berlangsung di Felda Chiku Satu, Gua Musang dengan mengedarkan risalah kolej itu kepada golongan belia, suri rumah dan pengusaha tempatan.

Pengarah KKL, Drs. Anuar Ralib berkata, kolej itu telah menyusun program turun padang ke kawasan gugusan Felda bagi tujuan promosi pembelajaran kemahiran keusahawanan kepada penduduk berkenaan.

"Program kolej ini diperluaskan ke tanah rancangan Felda kerana lokasi itu mempunyai ramai belia dan pengusaha tempatan bagi memberi ruang kepada mereka menceburkan diri dalam keusahawanan," katanya kepada pemberita di Gua Musang dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, Felda juga berpotensi sebagai hab baharu dalam sektor pertanian termasuk ternakan dan pelancongan bagi melatih lebih ramai golongan itu untuk memaksimumkan pendapatan.

Katanya, sebanyak lima pensyarah dan kakitangan KKL hadir dalam majlis penerangan dan pengedaran risalah yang boleh menarik minat penduduk terbabit mengikuti pengajian di kolej berkenaan.

Anuar berkata, promosi yang dilaksanakan juga turut mengadakan beberapa aktiviti seperti demonstrasi masakan membabitkan kemahiran membuat kek cawan dan masakan tempatan.

Dalam pada itu seorang belia Felda Chiku 1, Nik Asmah Nik Soh, 23, berkata, kehadiran pengurusan KKL amat dialu-alukan kerana pelbagai maklumat tentang peluang latihan boleh diikuti di kolej berkenaan.

"Sebelum ini kita tidak berpeluang untuk menghadiri kursus berkenaan kerana kekurangan maklumat dan usaha ini sebagai langkah awal dalam menghasilkan pendapatan lumayan," katanya.

Tambahnya, pengetahuan dan kemahiran memproses produk makanan berasaskan sumber tempatan antara peluang yang boleh diceburi untuk menambah pendapatan keluarga.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat