Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 23 Feb 2014 10:03 AM PST Oleh JOHARDY IBRAHIM DENGAN berat keseluruhan badan hanya 875 kilogram (kg) bagi versi manual dan 905 kg bagi CVT, Mitsubishi Attrage boleh diklasifikasikan antara kereta paling ringan di atas jalan raya. Atas faktor tersebut, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yakin untuk memasarkannya dengan pernyataan ''Eco Sedan Bergaya" memiliki kecekapan bahan api terunggul dalam kelasnya pada 21 km per liter (pengukuran data dalaman berasaskan New European Driving Cycle atau NEDC). Attrage menggunakan enjin yang serupa digunakan pada Mitsubishi Mirage yang dilancarkan tahun lalu. Kecekapan enjin digabungkan dengan aerodinamik yang dioptimumkan (kesan heret paling rendah sebanyak 0.29) dan penurunan halangan bergolek bagi mencapai penjimatan bahan api yang cemerlang. Selain itu, berat telah dikurangkan menerusi penambahan penggunaan besi tegangan tinggi dalam struktur badan. Diperkasa oleh enjin moden dan ringan 1.2 liter dengan 78 PS dan kuasa kilas 100 Nm, unit enjin tiga silinder MIVEC digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan atau Transmisi Berubah-ubah Berterusan (CVT) INVECS-III yang lancar dan cekap. Daripada segi saiz, sedan terkecil dalam keluarga Mitsubishi ini berukuran 4,245 milimeter (mm) panjang dan 1,670 mm lebar. Dibandingkan dengan Honda City misalnya, Attrage adalah 170 mm lebih rendah dan 25mm lebih kecil walaupun asas roda adalah 2,550 mm sama besar dengan City dan Toyota Vios. Ruang but Attrage boleh diisi 450 liter kargo atau empat beg golf. Dibangunkan dengan konsep 'Eco Sedan Bergaya' (Stylish Eco Sedan), Attrage baharu ini adalah sedan segmen B yang memberikan kecekapan bahan api yang cemerlang, dalam badan sedan yang bergaya dan luas tanpa berkompromi dengan keseronokan memandu. Mitsubishi Attrage dijual pada harga permulaan yang menarik iaitu RM59,212.50 bagi model GL (MT). Model GS CVT dijual pada harga RM67,978.50, manakala model tertinggi Attrage SE berharga RM75,796.50. Semua harga adalah di atas jalan tanpa insurans. Kereta ini didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km, yang mana dulu. Ditawarkan dalam tiga varian, GL (MT), GS dan SE, Mitsubishi Attrage dilengkapi dengan ciri-ciri premium yang sering dikaitkan dengan kereta dari segmen-segmen teratas. Dwi-Beg udara, Sistem Anti Kunci Membrek (ABS), Edaran Brek Elektronik (EBD), roda 15 inci dan lampu kabus merupakan ciri standard pada kesemua varian. Attrage GS memiliki Kunci Pintar (masuk tanpa kunci) dan menghidupkan enjin menggunakan butang, pembukaan pintu but secara kawalan jauh, penyaman udara digital auto dan kemudi roda dibalut sarung kulit bagi memberi sentuhan kemewahan. Model teratas SE pula memiliki lampu LED nyalaan siang, bodykit sports, lapisan kalis haba keselamatan, kerusi bersarung kulit dan unit audio 2-DIN dengan kamera undur. Lima warna badan ditawarkan bagi Attrage yang diimport sepenuhnya iaitu Eisen Grey Mica, White Pearl, Cool Silver Metallic, Red Metallic dan Cerulean Blue Mica. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |