Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor diyakini mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Sepanjang program Jelajah Tutor @ Sekolah, rata-rata guru yang ditemui menyatakan berpuas hati dengan tahap persembahan Tutor dan menghargai inisiatif akhbar Utusan Malaysia memperkenalkan akhbar pendidikan itu dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pomson, Hulu Langat, Ropitah Ismail berkata, kandungan Tutor menumpukan kepada soalan-soalan berupa diagnosis topikal dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurutnya, perkembangan itu memudahkan pengajaran guru-guru tanpa perlu merujuk dengan pihak yang berkaitan atau perlu mendapatkan butiran menyeluruh mengenainya di Internet atau pada bahan rujukan lain. ''Malah, saya dapati keterangan mengenai sesuatu mata pelajaran atau subjek tertentu dilakukan setiap minggu dan ia dijelaskan secara satu persatu, Tutor amat memudahkan guru dan murid untuk menggunakannya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolahnya di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. Utusan Malaysia menerbitkan lima akhbar pendidikan di bawah jenama Tutor iaitu Tutor UPSR, Tutor PPMR dan Tutor SPM pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa) serta Tutor Junior (Rabu). Semua produk dijual dengan harga 50 sen senaskhah dan eksklusif untuk langganan sekolah. Setiap akhbar diterbitkan dalam 20 muka surat kecuali Tutor SPM setebal 24 halaman. Tahap soalan latih tubi Tutor, kata Ropitah, agak mencabar serta berkualiti dan ini memudahkan pihak sekolah menyediakan set soalan setiap minggu kepada murid. "Sebelum ini pihak sekolah perlu menyediakan salinan yang banyak untuk persiapan murid menduduki peperiksaan. "Namun kini, kami akan gunakan Tutor ini dalam program kelas tambahan yang dibuat pada setiap Sabtu selama dua jam, malah akhbar berkenaan akan turut digunakan oleh semua murid sekolah termasuk tahun satu hingga tiga,'' katanya. Selain SK Kuala Pomson, SK Padang Pulut juga merupakan antara 13 sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menerima langganan Tutor UPSR sebanyak 57,876 naskah dalam tempoh dua tahun. Bagi Guru Besar SK Padang Pulut, Wan Razali Wan Muda, kandungan Tutor yang padat dengan nota latihan dan soalan latih tubi sesuai digunakan sepanjang sesi persekolahan di sekolahnya di Dungun, Terengganu. Malah, menurutnya, harga Tutor yang hanya 50 sen senaskhah amat berbaloi dan mampu dimiliki oleh setiap murid termasuk mereka yang berpendapatan rendah. "Saya anggap Tutor dapat membantu guru dan murid dalam proses PdP kerana kandungannya agak santai dan mudah difahami murid malah ia mengandungi ilustrasi menarik serta berwarna-warni, mampu menarik pembacaan murid," ujarnya. Beliau yakin penggunaan Tutor di sekolahnya nanti mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-muridnya khusus tahun enam yang bakal menduduki UPSR nanti. |
Ulang kaji dengan TUTOR di rumah Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST Zaisahiraton membimbing Arif (kanan) dan Arissa membuat ulang kaji menggunakan akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor SPM di rumahnya di Shah Alam 2, Selangor baru-baru ini. Seorang guru, Zaisahiraton Zainuddin menjadikan akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor SPM sebagai medium pembelajaran tambahan di rumah kepada dua orang anaknya, Arissa Sahira Abdul Rahman dan Arif Kamil Abdul Rahman. Menurut Zaisahiraton, kandungan akhbar pendidikan Tutor yang berkualiti boleh membantu anak-anaknya untuk membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan. Katanya, naskhah Tutor yang dilanggan melalui pihak sekolah itu amat bermanfaat dan harganya juga berpatutan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |