{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


PIBG SK Putera Jaya taja 3,770 naskhah Tutor

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

SETIU 21 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya di sini membekalkan 3,770 akhbar Tutor sebagai salah satu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan 62 murid tahun enam sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Yang Dipertuanya, Suhaimi Endut berkata, pihaknya mengambil langkah menaja akhbar pendidikan Tutor UPSR dan Tutor Inggeris terbitan Utusan Malaysia bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Beliau berkata, PIBG serta warga pendidik di sekolah itu berbuat demikian kerana mendapati akhbar memuatkan bahan ulang kaji pelbagai mata pelajaran dengan paparan yang menarik, santai dan mudah difahami oleh murid-murid.

"Ini salah satu usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah ini dalam UPSR dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang berbanding pada tahun sebelum ini.

"Pendidikan dari sekolah rendah merupakan keutamaan kami menyebabkan kami sentiasa mengambil langkah tertentu termasuk membeli akhbar Tutor untuk dibekalkan kepada setiap murid," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan akhbar Tutor di sekolah itu, kelmarin.

Majlis itu diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Putera Jaya yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kemudian menyerahkan akhbar Tutor kepada Suhaimi.

Yang turut hadir Pegawai Program Pembangunan Sekolah (SIP) Pejabat Pendidikan Daerah, Arif Rakiman Che Puteh; Guru Besar SK Putera Jaya, Zainuddin Dollah dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pak Kancil, Nordin Ahmad.

Suhaimi memberitahu, sebelum melanggan akhbar itu pihaknya tertarik dengan reka bentuk yang padat dengan pelbagai bahan pembelajaran sekali gus dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran berkenaan.

Beliau berkata, harga akhbar itu begitu murah berbanding bahan rujukan yang lain menyebabkan PIBG sekolah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membekalkannya.

"Melalui program ini kami menyasarkan lebih ramai murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahun lalu 12 murid dapat 5A," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat