Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Strategi Perak menjadi 5 terbaik Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT Kerajaan negeri Perak menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM ke 164 sekolah menengah terpilih di seluruh negeri itu sebagai salah satu usaha untuk melonjakkan pencapaian akademiknya ke kedudukan lima terbaik di negara ini. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, sekolah yang terpilih bukan sahaja menerima akhbar malah pengetuanya diberi pendedahan tentang tatacara dan strategi penggunaan Tutor SPM untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar oleh Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain di Ipoh, Perak baru-baru ini. Dalam majlis yang sama, para pengetua turut diberi taklimat pengenalan tentang akhbar pendidikan Tutor SPM oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim. Secara umum, pengetua yang terbabit yakin Tutor SPM mampu memberikan impak positif kepada pencapaian akademik sekolah sekiranya diguna pakai dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Megat Khas, Khairulnizwa Mohamed berkata, sebagai sekolah pilihan dalam langgan Tutor SPM, guru dan pelajar sekolahnya berpeluang mempelbagaikan alat bantuan pembelajaran selain buku teks . Menurutnya, sekolah kini boleh menyusun strategi pembelajaran baharu bagi membolehkan penggunaan Tutor SPM dapat dipraktikkan secara sepenuhnya. ''Tutor ini sudah baik dalam membantu PdP guru dan proses pembelajaran murid namun sebagai pentadbir sekolah, kita perlu bijak dalam memastikannya dapat digunakan sebaiknya. "Kini terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk menggunakan Tutor SPM sebagai sebagai alat bantu PdP yang menarik dan berkesan buat pelajar," katanya. Selain itu, menurut Pengetua SMK (F) Besout, Sabariyah Wan Chik, kandungan Tutor SPM akan menjadi sia-sia jika sekolah gagal mengguna pakai bahan tersebut dengan sebaiknya. ''Terpulang kepada pentadbir setiap sekolah untuk menggerakkan penggunaan Tutor ini kerana saya merasakan hanya pihak sekolah sahaja yang bertanggungjawab untuk mempraktikkannya,'' kata beliau. Tegas Sabariyah, Tutor SPM mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid sekiranya bahan tersebut diguna pakai sebaiknya dan diolah penggunaannya secara bijak dan terancang, seterusnya membolehkan pelajar menguasai pemahaman pelajaran dengan berkesan. Bagi Pengetua SMK Raja Shahriman Beruas, Ahmad Rosidi Ramley, pihak sekolah tidak mempunyai pilihan lain selain menggembeling guru dan murid untuk menjayakan objektif penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing. Ini kerana, ujarnya, walaupun Tutor SPM mengandungi bahan yang lengkap dengan soalan latih tubi berkualiti dan maklumat lain yang diperlukan sekolah namun jika gagal diguna pakai secara efektif maka objektif edaran langganan Tutor ke sekolah akan menjadi sia-sia. ''Saya yakin akhbar pendidikan ini akan dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid jika dimanfaatkan sepenuhnya. ''Dengan adanya Tutor SPM ini, pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan memberi impak yang berkesan kepada pelajar,'' katanya. |
Peranan guru penting tingkatkan prestasi akademik Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT SEBAHAGIAN daripada 164 pengetua sekolah menengah yang terpilih menerima tajaan Tutor SPM mendengar taklimat tatacara penggunaannya di Hotel Riverfront, Ipoh, Perak baru-baru ini. GURU perlu mengatur strategi dengan menggunakan bahan tambahan mengajar termasuk akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor dalam melengkapkan persiapan pelajar menghadapi peperiksaan, kata Mohd. Idris Ramli. Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak itu, penggunaan akhbar pendidikan Tutor SPM yang ditaja oleh kerjaan negeri ke 164 sekolah menengah terpilih adalah sebahagian daripada usaha dan inisiatif dalam memberi kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar. ''Kita mahu Tutor SPM ini menjadi alat bantu mengajar dan menjadi rujukan pengajaran oleh setiap guru dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akhbar pendidikan berkenaan di sekolah masing-masing,'' katanya Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Amanjaya Gemilang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014-2015 dan menandatangani memorandum persefahaman antara Utusan Melayu (M) Bhd. dengan Kerajaan Negeri Perak berhubung tajaan akhbar pendidikan Tutor. Pelancaran program itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh, Perak baru-baru ini. Mohd. Idris berharap, inisiatif yang diambil kerajaan negeri dengan menaja Tutor SPM itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru di sekolah terlibat. ''Anggap sahaja Tutor SPM ini sebagai bahan nilai tambah kepada strategi pelaksanaan yang sedia ada di sekolah dan pastikan adanya impak terhadap penggunaan bahan akhbar ini," katanya. Menurutnya, apa yang penting para guru perlu menyusun strategi yang berkesan dalam penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing bagi mendapat impak yang diharapkan. Selain itu, ujar Mohd. Idris, inisiatif kerajaan Perak menaja Tutor SPM di sekolah menengah di negeri itu membuktikan komitmen pihak tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menjadikan Perak antara negeri terbaik dalam pencapaian akademik. "Bagi Jabatan Pendidikan negeri, usaha mengedarkan Tutor SPM ke sekolah terlibat amat dipuji dan sewajarnya menjadi perangsang semangat kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah pada masa depan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |