Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Gerakan tegur pembangkang persenda misi Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT ALOR SETAR 14 Mac - Tindakan beberapa individu termasuk pemimpin pakatan pembangkang yang mempersenda kehilangan pesawat MH370 disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak matang. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, kehilangan pesawat MH370 itu merupakan satu isu nasional dan pakatan pembangkang sepatutnya bersama-sama kerajaan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kita lihat banyak negara asing seperti Vietnam, China, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi membantu negara kita untuk mengesan pesawat ini namun sebaliknya yang berlaku pada pemimpin pakatan pembangkang. Mereka menjadikan isu kehilangan pesawat ini sebagai satu isu politik dan tindakan ini sangat tidak matang serta terdesak. Pada waktu sebegini semua pihak perlu bersatu-padu dan bukannya menuding jari kepada kerajaan demi kepentingan politik semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika berceramah di Tapak Karnival Usahawan di Kajang yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa kehilangan pesawat MH370 sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Malah beliau turut membuat andaian ada kemungkinan peralatan di negara ini yang sepatutnya canggih dan dibeli pada harga mahal mungkin tidak boleh digunakan, menyebabkan pesawat itu gagal dikesan. Menurut Keng Liang, kerajaan telah berusaha habis-habisan untuk mengesan pesawat tersebut yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu lalu. Kerajaan telah buat lebih daripada apa yang patut jadi saya harap pemimpin pakatan pembangkang berhenti daripada menjadikan isu kehilangan pesawat ini sebagai isu politik," jelasnya. |
PRK Balingian: Muhyiddin puas hati Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT Muhyiddin Yassin disambut oleh Adenan Satem (kanan) semasa hadir untuk mempengerusikan mesyuarat khas PRK Dewan Undangan Negeri Balingian di Kuching, Sarawak, malam tadi. - BERNAMA KUCHING 14 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba di sini petang tadi mempengerusikan mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian malam ini. Mesyuarat tersebut yang berlangsung hampir dua jam bermula pukul 8.55 malam dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ini. Sementara itu, Setiausaha Agung BN Sarawak, Stephen Rundi Utome yang ditemui berkata, Muhyiddin gembira dan berpuas hati dengan keadaan serta persiapan bagi menghadapi PRK nanti. Katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama dengan komponen akan terus memastikan DUN Balingian menjadi kubu kuat BN. "Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menambah undi majoriti BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak yang baharu. "BN tidak boleh lagi pasif, kita perlu agresif mengikut masa bagi membetulkan tanggapan negatif yang ditimbulkan pembangkang," ujarnya. Kerusi DUN Balingian diisytiharkan kosong setelah pengunduran penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRK DUN Balingian ialah pada 17 Mac manakala hari pengundian pada 29 Mac. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |