{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Nilai semula peranan kerajaan negeri

Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST

Oleh ASSIM HASSAN dan ALFIE CHESTER
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Shafie Apdal (tengah) bergambar bersama para penerima BR1M di pekarangan Masjid Ar-Rahman, Semporna, semalam.

SEMPORNA 2 Mac - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor perlu menilai semula peranan yang dimainkan kerajaan negeri itu dalam membantu membangunkan kawasan mereka dari pelbagai aspek.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, penduduk di kawasan itu juga wajar 'buka mata' dengan sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan negeri sama ada bertepatan dengan manifesto yang dilaungkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Apa yang kita lihat banyak yang mereka (kerajaan negeri) janji tidak dilaksanakan. Sebaliknya menambah beban rakyat negeri itu apabila kadar sewa kepada peniaga-peniaga dinaikkan 200 peratus.

"Hal ini membebankan peniaga-peniaga. Kalau dahulu mereka janji apabila mereka mentadbir akan memberikan air percuma, (namun) sekarang bukan setakat percuma tetapi air pun sudah tidak ada.

"Oleh itu, penduduk Kajang perlu buka mata dan minda. Beri peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan kemampuan kita mentadbir sekali gus memenangi kerusi DUN tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di pekarangan Masjid Ar-Rahman di sini hari ini.

Selepas majlis tersebut, Mohd. Shafie meluangkan masa melawat projek Loji Air Sungai Intan di sini bernilai RM47 juta yang dijangka memberi faedah kepada penduduk daerah ini mendapat air terawat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, jentera pilihan raya BN akan menggunakan pendekatan berbeza dalam berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac ini.

Katanya, jentera BN pada PRK kali ini tidak akan menabur janji-janji yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sebaliknya mengambil pendekatan mendengar rintihan mereka dan menunaikan janji itu apabila menang kerusi berkenaan.

"Apa keperluan rakyat di sana (Kajang), jika kita menang kerusi itu, kita akan tunaikan kemahuan atau janji itu," katanya.

Selain itu, beliau melahirkan keyakinan BN mampu menawan kerusi DUN berkenaan walaupun calon Parti Keadilan Rakyat dikatakan individu yang berpengalaman dalam politik.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Loji Air Sungai Intan, beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna memberitahu, projek loji air tersebut kini berada pada tahap 41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya awal tahun hadapan.

Katanya, loji air berkenaan dapat menampung kira-kira 70 peratus keperluan harian penduduk daerah itu.

"Pada masa ini, loji sedia hanya mampu menghasilkan 22 juta liter padu air dan sekiranya loji ini siap, ia akan menambah sebanyak enam juta liter menjadikan 28 juta liter padu. Ini akan membantu memudahkan aktiviti harian penduduk terutamanya pada musim kemarau," katanya.

Belia Melayu semakin cenderung sokong BN

Posted: 02 Mar 2014 11:13 AM PST

NIBONG TEBAL 2 Mac - Majoriti pengundi muda Melayu didapati cenderung menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 berbanding pengundi muda kaum lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan kajian yang dilakukan badan bebas dan pihaknya sendiri yang mendapati 55 peratus pengundi muda Melayu mengundi BN.

"Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop keseluruhan melibatkan pengundi muda, kita (BN) masih ketinggalan terutamanya daripada sudut sokongan pengundi muda Cina yang lebih cenderung kepada pembangkang," katanya.

Beliau berucap dalam program Lawatan Ukhuwah Anak Muda dan perasmian kejohanan futsal anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim serta kira-kira 500 golongan muda.

Melihat kepada pola sokongan berkenaan, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, BN khususnya UMNO wajar menghargai sokongan pengundi belia Melayu serta dalam masa sama tidak meminggirkan belia bukan Melayu.

Sehubungan itu menurut beliau, BN perlu terus mendekati dan memahami pengundi muda daripada kaum lain jika berhasrat memenangi semula kawasan yang dikuasai pembangkang.

"Ini kerana statistik menunjukkan terdapat hampir empat juta pengundi baharu berdaftar menjelang PRU-14 dan mereka ini akan menjadi faktor penentu parti mana yang akan menang," katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara perlu terus mengadakan pelbagai program mendekati golongan muda walaupun di kawasan yang majoritinya mempunyai pengundi berbilang kaum.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak wajar dikaitkan dengan inisiatif kerajaan kerana sememangnya hak rakyat perlu dilihat dalam skop lebih luas.

"Ingin saya tegaskan, bukan semua kerajaan di dunia mampu menguruskan ekonomi mereka dengan baik sebagaimana yang dilakukan kerajaan BN sehingga kita mampu memberi semula kepada rakyat seperti BR1M," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat