Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT Oleh FARHANA JONI MUHYIDDIN Yassin sempat bergurau ketika memperkenalkan Yussibnosh Balo dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tellian Tengah, Mukah, Sarawak semalam. - BERNAMA Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kesemua pengundi berkenaan perlu memberi kemenangan dengan majoriti yang besar kepada calon BN, Yussibnosh Balo, 48, sekali gus menghilangkan wang taruhan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata, sekiranya calon BN menang dalam pilihan raya kali ini, kerajaan negeri dan Pusat memberi jaminan lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan di Balingian dan Mukah. "Saya mengharapkan kemenangan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 lalu sehingga menghilangkan wang taruhan calon pembangkang yang diwakili PKR. "Penduduk di Balingian perlu mengetahui sekiranya Yussibnosh menang dalam pilihan raya ini, kerajaan BN akan berusaha memajukan lagi bahagian Mukah yang menjadi pusat pembangunan Koridor Sarawak Bagi Tenaga Diperbaharui (SCORE)," katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tellian Tengah di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah. Turut kelihatan, Ahli Parlimen Mukah, Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah dan Yussibnosh. Dalam majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengumumkan peruntukan RM19 juta bagi membina bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian. Terdahulu Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, sekiranya wakil rakyat yang dipilih bukan daripada parti BN maka sukar untuk kerajaan negeri dan Pusat menyalurkan peruntukan. Beliau berkata, kesemua pengundi berdaftar di DUN tersebut harus bijak memilih calon iaitu daripada parti BN bagi meneruskan usaha pembangunan dijalankan. "Pengundi di Balingian perlu memilih BN untuk kesinambungan pembangunan di sini malah saya sebagai Ketua Menteri memberi jaminan lebih banyak aktiviti perindustrian akan dilakukan di masa akan datang," katanya "Walau bagaimanapun kesemua pembangunan itu akan terlaksana sekiranya pengundi memilih calon BN, bukan calon daripada parti pembangkang," katanya. PRK DUN Balingian akan diadakan pada 29 Mac ini dalam persaingan satu lawan satu iaitu antara calon BN dengan PKR yang diwakili ahli perniagaan, Abdul Jalil Bujang, 55. |
PPP buat laporan polis terhadap Tian Chua Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT A. Chandrakumanan (tengah) bersama ahlinya menunjukkan laporan polis terhadap kenyataan Tian Chua di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Kamal Basir KUALA LUMPUR 20 Mac - Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kerana mempertikaikan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat. Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang. Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, Tian Chua tidak sewajarnya membuat kenyataan sebegitu. Beliau berkata, semua rakyat sedar hukuman itu diputuskan oleh mahkamah melalui proses pengadilan yang amat panjang malah institusi kehakiman tidak pernah dikuasai mana-mana pihak. "Adalah tidak adil apabila mereka memperoleh kemenangan, sistem kehakiman dianggap bebas dari sebarang penguasaan manakala bila hukuman dijatuhkan ke atas mereka, pelbagai pertikaian dibuat termasuk kredibiliti kehakiman negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |