{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pembangkang tiada pengalaman

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan kakitangan Jabatan Penjara selepas menunaikan solat Jumaat sebelum menghadiri jamuan rakyat di Masjid Jabatan Penjara Kajang, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mac - Pengalaman pakatan pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat sedikit untuk diberi kepercayaan memimpin sebuah negara kompleks seperti Malaysia dan adalah berisiko sekiranya rakyat memilih mereka sebagai pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dalam menguruskan negara sejak merdeka termasuk kejayaan membebaskan Malaysia daripada krisis ekonomi.

"Saya sendiri sudah 40 tahun dalam kerajaan, jauh lebih berpengalaman daripada Anwar sendiri. Anwar cuma sekejap sahaja mentadbir negara sebelum menyertai pembangkang. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun begitu malah Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin tiada langsung.

"Pengalaman sangat berharga untuk memimpin negara kompleks seperti Malaysia. Mereka dakwa kalau bagi peluang, pembangkang akan pimpin lebih baik. Itu cuma cakap mereka," katanya dalam majlis ramah mesra bersama penjawat awam di Serdang di sini hari.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyelar sikap Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menuduh kononnya kerajaan menzalimi beliau dalam kes rayuan liwatnya sebagai modal untuk berkempen pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tiada kaitan dengan perbicaraan kes liwat Anwar dan keputusan sebulat suara tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi dibuat berdasarkan penilaian mereka terhadap bukti-bukti pertuduhan.

"Saya sedih kerana Anwar pun kawan saya tetapi keadilan bukan hanya untuk seorang individu. Keadilan bukan hanya buat Anwar. Bagaimana hak untuk keadilan Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Jangan fitnah kononnya kerajaan menzalimi beliau," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai penjawat awam, Muhyiddin memberitahu, kerajaan tidak pernah meragui kesetiaan kakitangan awam untuk terus memberi sokongan kepada BN mentadbir negara kerana jalinan kerjasama tersebut sudah terbukti sejak sekian lama.

Tun Mahathir sindir pakatan pembangkang gagal nilai fungsi PRK

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

DR. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada majlis Jalinan Mesra Rakyat Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Kajang, semalam.

HULU LANGAT 21 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir pakatan pembangkang yang gagal menilai fungsi Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di sesuatu kawasan.

Ini ekoran pakatan pembangkang menaikkan poster kempen PRK yang terpampang gambar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan slogan 'Dari Kajang ke Putrajaya'.

Dr. Mahathir berkata, ini jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mengetahui bahawa PRK diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bukannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Semasa dalam perjalanan ke sini, saya ingat saya salah jalan apabila terlihat poster berkenaan. PRK ini untuk DUN bukannya Parlimen. Belum pernah ada ADUN yang menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jalinan Mesra Rakyat anjuran Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Menurut Dr. Mahathir, PRK DUN Kajang diadakan bagi memilih kerusi ADUN yang dikosongkan oleh wakil rakyat terdahulu.

"Susahlah kalau mahu menjadi wakil rakyat tetapi tidak tahu PRK ini untuk memilih ADUN Kajang dan bukannya bagi menunaikan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Saya berharap rakyat di Kajang sedar hakikat PRK ini bukannya satu pertandingan keluarga, sebaliknya untuk perjuangan parti," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar PKR yang mengamalkan politik kekeluargaan yang diterajui oleh Anwar sejak sekian lama.

"PKR diibaratkan sebagai sebuah parti politik keluarga apabila melantik Dr. Wan Azizah sebagai Presiden sementara anaknya pula, Nurul Izzah bertanding calon di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Nampak sangat ini membantu menunaikan hasrat Anwar yang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri.

"Sejak saya menarik Anwar menyertai UMNO, saya dapat melihat keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Baru sahaja masuk UMNO, sudah minta menjadi Ketua Pemuda, kemudian ingin bertanding sebagai Naib Presiden, selepas itu Timbalan Presiden pula.

"Orang ini masuk UMNO sebab mahu menjadi Perdana Menteri dan bukannya berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negara," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir meminta Dr. Wan Azizah untuk menghargai jasa Kerajaan Pusat yang memberi beliau gelaran doktor.

"Dr. Wan Azizah tidak mengenang jasa apa yang diberikan oleh kerajaan selama ini hingga beliau berasa selesa dengan kedudukan dikecapi sekarang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat