{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Muhyiddin harap PRK DUN Kajang berjalan aman

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

ANGGOTA polis pelbagai unit bersedia bagi memastikan PRK DUN Kajang berjalan lancar pada majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang esok, akan berlangsung dalam suasana aman.

Beliau turut menyuarakan harapan agar pengundi dapat keluar mengundi beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Untuk itu jelasnya, sebagai pengundi yang bijaksana, wajar bagi mereka memilih pemimpin yang komited untuk berkhidmat kepada rakyat.

''Ini sekali gus menyatakan pendirian menolak pemimpin yang mengetepikan kepentingan rakyat demi kepentingan politik peribadi semata-mata.

''Saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada para pengundi di DUN Kajang sempena pilihan raya kecil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan DUN (DUN) Kajang keluar mengundi esok.

Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

PRK DUN Kajang diadakan selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah pada 27 Januari lepas.

Esok, pengundi di DUN itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional (BN) atau calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu.

SPR jangka lebih 80% mengundi

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

ABDUL Ghani Salleh (kanan) bersama Timbalan Setiausaha Penyelidikan SPR, Johari Abdul Rahman (tengah) membuat semakan barang-barang yang disediakan untuk persiapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Kajang, semalam. - BERNAMA

KAJANG 22 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan keluar mengundi esok.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata, SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.

Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.

Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.

Pilihan raya kecil DUN itu diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.

Esok, pengundi di DUN itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat