{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pengundian awal PRK DUN Balingian hari ini

Posted: 24 Mar 2014 06:26 PM PDT

MUKAH 25 Mac - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Balingian yang melibatkan 133 pengundi berdaftar berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah dengan proses penggundian bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dan untuk pengundian awal hari ini, hanya satu saluran pusat mengundi dibuka manakala untuk pengundian biasa, 21 pusat mengundi akan dibuka untuk membolehkan 13,233 pengundi mengundi Sabtu ini.

Calon Barisan Nasional Yussibnosh Balo, 48, bakal berdepan dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang, 55.

Kerusi DUN Balingian kosong sejak 28 Feb lalu apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Jawatan itu kemudiannya diisi Tan Sri Adenan Satem sekalu ketua menteri kelima.

Pada pilihan raya negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan menewaskan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas), dengan majoriti 5,154 undi. - BERNAMA

Selangor bakal dilanda masalah

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mac - Selangor bakal dilanda permasalahan politik serius sekiranya wujud perubahan dalam pentadbiran negeri terutama dalam percaturan meletakkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, percaturan itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga pentadbiran negeri dan seterusnya kebajikan rakyat Selangor.

"Seperti saya kata dulu, langkah ini akan menjadi masalah kepada Selangor, bukan sahaja kepada Abdul Khalid tetapi kepada pentadbiran. Semua ini semata-mata kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jadi Menteri Besar, dia akan cuba dapatkan biarpun menjejaskan pentadbiran negeri.

"Persoalannya kini, apakah langkah itu akan mendapat sokongan kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)? Perkara ini kena tanya seluruh kepemimpinan pakatan pembangkang.

"Tetapi buat masa kini, saya tidak nampak Pas akan setuju kerana yakin ada orang mereka akan jadi Menteri Besar. Yang pasti, langkah membuat percaturan di Selangor akan menimbulkan masalah," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung masa depan rakyat Selangor di bawah PKR selepas parti tersebut berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, strategi politik Anwar hanya bertumpu kepada diri sendiri, bukan untuk kebajikan serta masa depan rakyat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat