{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tian Chua tidak bertanggungjawab

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

MUKAH 25 Mac - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kesal dengan tindakan beberapa pihak terutama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang apabila mempolitikkan isu tersebut.

Beliau berkata, tindakan Tian Chua mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitternya yang mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar mengenai pesawat MH370 ketika sesi Parlimen sedang berlangsung dan tidak membuat pengumuman itu di dalam Parlimen malam tadi, amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, semua pihak harus lebih sensitif bukannya mengutamakan kepentingan politik memandangkan terdapat beratus keluarga yang terlibat dalam tragedi itu harus dijaga perasaan mereka.

"Yang kita kesal ialah ada sesetengah pihak betul-betul tidak bertanggungjawab. Mereka sepatutnya memberi sokongan yang padu terhadap kerajaan kerana bukan kerja yang mudah mahu mencari pesawat yang hilang ini.

"Bayangkan teknologi yang diperoleh dari Amerika Syarikat juga tidak berjaya menemui lokasi pesawat MH370 yang hilang itu walaupun sudah beberapa hari operasi mencari dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Bersarapan Pagi Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Teh di sini hari ini.

Tian Chuan yang juga Naib Presiden PKR dalam akaun Twitternya malam tadi telah muat naik komen berbunyi, 'PM made statement on MH370 at 10pm while parliment was in session. Wonder why can't he follow Aust PM reporting dvpt in parliment?' (Perdana Menteri membuat kenyataan mengenai MH390 pada pukul 10 malam ketika sesi Parlimen berlangsung. Kenapa beliau tidak boleh mengikut Perdana Menteri Australia yang melaporkan perkembangan (MH370) di Parlimen?).

Komen itu dimuat naik oleh Tian Chua dalam akaun Twitternya sejurus selepas Najib mengumumkan pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam tadi.

'Azmin dianggap pengacau keluarga'

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah dianggap sebagai pengacau dalam keluarga Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar).

Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, perkara itu diluahkan sendiri oleh Wan Azizah kepada beliau ketika mereka sedang berjuang untuk menubuhkan parti berkenaan pada 1998.

Atas sebab itu jelasnya, Wan Azizah enggan menamakan Azmin sebagai antara 32 pengasas dan kepimpinan utama PKR ketika itu menyebabkan 'anak emas' suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekadar menjadi ahli parti biasa.

"Ketika itu terletak kepada kuasa Presiden untuk memberi lantikan dan ketika itu juga Azmin adalah orang kanan Anwar, tetapi kenapa dia tidak dipilih dalam senarai pengasas itu.

"Kita tahu sejak itu sehingga hari ini, Azmin tidak sehaluan dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah tetapi Azmin mahu juga menggunakan kelebihan politik di sisi Anwar mahu jadi Menteri Besar pada 2008. Malangnya, pada masa itu dia memperoleh halangan kuat daripada Wan Azizah dan Nurul Izzah." katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid membayangkan Wan Azizah mampu memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan penyandangnya ketika ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menjelaskan, Wan Azizah bakal menjadi ancaman kepada Abdul Khalid pada sepanjang masa selagi beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Beliau percaya gerakan untuk menggantikan Abdul Khalid tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana setakat ini Menteri Besar Selangor itu dan Dr. Wan Azizah berkongsi musuh politik yang sama iaitu Azmin.

Katanya, percaturan Anwar meletakkan Wan Azizah di negeri itu adalah bagi menguatkan cengkaman beliau di Selangor melalui cara pemerintahan pecah dan perintah (divide and rule).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat