{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Bergerak bebas dengan basikal elektrik

Posted: 08 Mar 2014 05:14 AM PST

JIKA kebanyakan individu gemar menunggang basikal fixie atau basikal gunung (MTB), lain pula ceritanya dengan anak muda yang ditemui .com baru-baru ini yang lebih gemar menunggang basikal elektrik.

Kata mereka basikal ini tidak meletihkan dan mudah diguna dengan hanya tekan suiz, motor elektriknya akan bergerak tanpa perlu dikayuh dan saiznya pula tidak mengganggu lalu lintas.

Mohd. Fadzil Muda yang merupakan salah seorang ahli komuniti basikal elektrik, Wow Yike Bike berkata, kenderaan bermotor berkuasa bateri kini semakin popular.

"Jika dulu basikal seumpama ini dikategorikan sebagai haram kerana belum diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis untuk digunakan di jalan raya namun basikal elektrik dari jenis yang kami gunakan ini telah pun diluluskan pihak JPJ dan boleh digunakan di jalan raya tanpa sebarang masalah," katanya.

Jelasnya, kenderaan buatan New Zealand itu boleh mencapai kelajuan maksimum 25 kilometer sejam dan tidak mendatangkan bahaya kepada penunggang kerana keadaan fizikalnya agak kukuh berikutan menggunakan bahan-bahan yang lebih tahan lasak.

"Basikal ini dikategorikan sebagai kenderaan mampu milik dan sekali caj ia boleh bergerak sejauh 15 kilometer kerana ia menggunakan bateri caj semula yang perlu ditukar selepas tiga tahun.

"Basikal ini agak berbeza dengan basikal elektrik lain kerana ia tidak mempunyai mod kayuhan jika bateri kehilangan kuasa. Bateri pula boleh dicas di soket elektrik di rumah atau di mana saja kerana kenderaan itu didatangkan dengan wayar sambungan khas seperti wayar caj telefon bimbit yang boleh diasingkan," katanya.

Tambah Mohd. Suffian Muda, 40, berkata, basikal itu juga mempunyai lampu brek, lampu isyarat, penghidup elektrik dan beg khusus untuk menyimpan basikal tersebut.

"Beg tempat simpan basikal ini mudah dipikul dan boleh dibawa ke mana-mana termasuk menaiki kereta api, komuter, LRT, monorail, teksi dan bas awam.

"Kenderaan ini sebenarnya telah diluluskan kerana secara keseluruhan ia telah menepati piawaian yang telah ditetapkan, malah kebanyakan komponen yang digunakan dibina dengan kualiti yang agak baik. Lebih mudah, basikal ini tidak memerlukan lesen atau cukai jalan kerana tidak menggunakan minyak," katanya. - SYAHRIL/MOHD.NAIM AZIZ

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat