{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


FAMA tawar harga rendah

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
utusanN9@utusan.com.my

A. RAHAMAN Suleiman (dua dari kiri) bersama Pegawai FAMA melihat barangan keperluan harian yang akan diedarkan kepada peserta-peserta Pasar Tani FAMA dan Agro Bazar dalam Majlis Pelancaran Program Pengedaran Stok Bekalan Makanan ke Pasar-Pasar Tani di Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 16 Mac - Dalam usaha meringankan beban pengguna untuk memperolehi barang keperluan dengan lebih menjimatkan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengumumkan potongan harga bagi sembilan jenis barangan terpilih di semua Pasar Tani dan Agro Bazar di negeri ini.

Pengarahnya, A. Rahaman Suleiman berkata, antara barangan yang diberi potongan harga termasuklah bawang besar India, bawang kecil rose, halia Thailand dan China, lobak merah, kentang, cili, kelapa dan kobis.

Menurut beliau, bekalan tersebut yang diimport dari beberapa negara termasuk China, India, Vietnam dan Indonesia menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus.

Setakat ini FAMA negeri menawarkan sembilan jenis barangan dan keutamaan pengedaran komo-diti ini adalah kepada peniaga Pasar Tani dan Agrobazar.

Orang ramai juga boleh datang membeli barangan ini di Pusat Operasi FAMA Seremban yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bermula hari ini," katanya pada majlis pelancaran Program Pengedaran Stok Bekalan Makanan peringkat negeri di sini semalam.

A. Rahaman turut menyatakan bahawa harga jualan barangan yang ditawarkan FAMA berkemungkinan akan berubah, namun beliau memberi jaminan bahawa harganya lebih rendah berbanding tempat lain.

Katanya, jumlah barangan yang diedarkan di pusat tersebut adalah sekitar lima tan dan keperluan keseluruhan komoditi itu dijangka bertambah sehingga 10 tan secara berperingkat.

Program tersebut menurut A. Rahaman, merupakan kesinambungan Program Jimat Belanja Dapur yang dilaksanakan di negeri ini sejak 11 Januari lalu.

Jelasnya, sebanyak 18 pasar tani dan 15 Agrobazar termasuk sebuah Pasar Komoditi dan Karavan (Pakar), 18 gerai buah-buahan segar serta 37 pembekal buah dan sayur motosikal roda tiga di negeri ini terlibat dalam program berkenaan.

Menerangkan lebih lanjut mengenai sembilan jenis barangan terpilih itu, A. Rahaman menjelaskan, bekalan tersebut merupakan komoditi utama yang banyak digunakan bagi penyediaan makanan.

Kita mengharapkan pihak lain juga akan mengikut jejak menurunkan harga sekali gus dapat mencapai usaha kerajaan mengurangkan kenaikan harga barangan," ujarnya.

704 kes denggi babit dua kematian

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

MELAKA 16 Mac - Sebanyak 704 kes denggi, dua daripadanya membabitkan kematian di Melaka Tengah dan Alor Gajah dilaporkan berlaku di negeri ini sejak awal Januari sehingga 8 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 608 kes atau 63.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2013 iaitu membabitkan 96 kes.

Menurutnya, bagi minggu ke-10 tahun ini, sebanyak 557 kes dilaporkan berlaku di Melaka Tengah, 89 kes pula di Alor Gajah dan 58 kes di Jasin.

Kes demam denggi masih meningkat di negeri ini dan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai terus dipertingkatkan khususnya kes yang banyak berlaku di Melaka Tengah.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu bagi tujuan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah mereka.

Melalui kerjasama daripada orang ramai dapat membantu Jabatan Kesihatan negeri untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan usaha untuk mengurangkan kes denggi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Komuniti Sihat, Perkasa Negara (Kospen) peringkat negeri di Kompleks Japerun Duyong, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Dul Hadi Mat Junid dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat negeri (Kemas), Ahmad Fakhrul Muhammad Radzi.

Ab. Rahman berkata, terdapat penambahan lima lokaliti baharu yang mencatat lebih daripada dua kes dan keseluruhannya sebanyak 53 lokaliti iaitu 45 di Melaka Tengah, enam di Alor Gajah dan dua lagi di Jasin.

Mengulas mengenai Kospen beliau berkata, sebanyak 20 lokasi di negeri ini telah dikenal pasti untuk diwujudkan bagi menjadi pusat sehenti bagi menjalankan program memeriksa dan mengetahui status kesihatan penduduk.

Menurutnya, usaha mewujudkan Kospen bertujuan memberi kesedaran dan bantuan kepada rakyat di negeri ini agar terus sihat serta bebas daripada gejala penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti sakit jantung, strok, diabetes, kanser dan penyakit respiratori yang kronik.

Walaupun Kementerian Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah penyakit tidak berjangkit namun jumlah rakyat yang mempunyai faktor risiko seperti obesiti, merokok, hipertensi dan NCD terus meningkat," katanya.

Justeru katanya, program Kospen bertujuan untuk menggalakkan rakyat di negeri ini bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri serta keluarga.

Anak buruh muncul perajurit terbaik

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

TELOK KEMANG 16 Mac - Usaha tekun dan kerja keras dalam menjalani latihan membolehkan anak buruh kasar di Bagan Serai, Perak dipilih Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Pengambilan 173/2013 dan Wanita Pengambilan 35/2013 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini semalam.

Mohamad Anas Noordin, 23, berkata, kegembiraan berkenaan lebih manis lagi apabila ia dikongsikan bersama ahli keluarga yang selama ini menyokong hasratnya untuk menganggotai pasukan Tentera Darat (TD).

Memang saya meminati bidang ketenteraan sejak kecil lagi dan pada saat ini saya begitu terharu dan gembira kerana dipilih sebagai penerima anugerah ini. Ini merupakan satu penghormatan buat diri saya dan tanda penghargaan buat kedua ibu bapa saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas upacara perbarisan tamat latihan tersebut yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Dalam majlis berkenaan seramai 2,249 perajurit muda lelaki dan 166 perajurit wanita telah berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 2 September 2013 dan berakhir semalam.

Sementara itu, Mohamad Khatimi Wahid Satar, 23, pula muncul sebagai Perajurit Muda Akademik Terbaik Keseluruhan ketika ditemui berkata, beliau bersyukur menerima anugerah itu yang merupakan hasil daripada pengorbanan dan usaha yang dicurahkan.

Berasal dari Bachok, Kelantan, Mohamad Khatimi memberitahu anugerah tersebut sangat bererti kepada dan merupakan dorongan inspirasi kepada adik beradiknya selain menjadi kebanggaan ahli keluarganya yang membenarkannya menyertai pasukan tentera.

Saya berbangga kerana terpilih bukan sekadar menjadi penerima anugerah ini akan tetapi menyertai pasukan tentera. Kalau dahulu saya hanya menjadikan minat ini sebagai pengisi kokurikulum tetapi kini ia menjadi kerjaya saya.

Usaha ini tidak akan berhasil tanpa ada sokongan dari anggota keluarga dan juga adik beradik saya," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat