Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Najib ouji Chong Wei juarai All England 2014 Posted: 09 Mar 2014 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan badminton All England 2014 di Birmingham, England awal pagi tadi. Chong Wei, pemain No. 1 dunia membenam musuh tradisi dari China, Chen 21-13, 21-18 dalam perlawanan akhir. "Chong Wei telah membuat Malaysia bangga sekali lagi. Beliau begitu tabah dan kuat azamnya. "Satu tindakan yang mempunyai kelas untuk diingati buat jangka masa yang panjang," kata Najib dalam akaun Twitternya hari ini. Dalam tweet berasingan, Najib berkata: Chong Wei baru sahaja menelefon saya dan isteri saya. Kami memberitahunya betapa bangganya kami atas kemenangannya." Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada 2010 dan 2011. - BERNAMA |
Chong Wei juara All England kali ketiga Posted: 09 Mar 2014 10:41 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Mac - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan badminton All England buat kali ketiga selepas menundukkan Chen Long pada perlawanan akhir di Birmingham, sebentar tadi. Chong Wei, 31, menang 21-13, 21-18, sekali gus menebus kekalahannya kepada pemain No. 2 dunia dari China itu pada perlawanan akhir, tahun lalu. Ini adalah kemenangan ketiga Chong Wei selepas turut muncul juara pada 2010 dan 2011. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |