Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Vettel, Franklin Atlet Terbaik Dunia Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT Oleh FERZALFIE FAUZI Sebastian Vettel,Missy Franklin KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul kejuaraan Formula Satu dunia buat kali keempat berturut-turut tahun lalu membolehkan Sebastian Vettel dinobat sebagai Atlet Lelaki Terbaik pada Anugerah Dunia Sukan Laureus 2013, manakala kemenangan sensasi perenang remaja Amerika Syarikat, Missy Franklin pada Kejohanan Dunia melayakkannya muncul Atlet Wanita Terbaik. Majlis anugerah berprestij itu yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara, berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam, sambil turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pemandu Jerman yang beraksi buat pasukan Red Bull, Vettel berjaya mengetepikan cabaran nama-nama besar lain, termasuk jaguh pecut Jamaica yang juga pemenang anugerah tiga kali, Usain Bolt dan Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo. Turut berada dalam senarai akhir pencalonan adalah bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal, Mo Farah (olahraga) dan LeBron James (bola keranjang). Saya telah memberi yang terbaik di atas trek. Berada dalam senarai akhir pencalonan dalam kalangan atlet terbaik di planet ini adalah satu penghormatan. Menerima anugerah ini adalah sangat istimewa. Di sini saya dapat berjabat tangan dengan legenda dan bintang sukan lain. Saya sangat menghormati mereka, ini adalah saat istimewa dan saya duduk bersebelahan Tony Hawk, di mana saya membesar melihat serta bermain permainan videonya," kata Vettel. Sementara itu, kejayaan Franklin, 18, melakar kemenangan sensasi dengan merangkul enam pingat emas pada Kejohanan Renang Dunia di Barcelona, tahun lalu membolehkannya mengetepikan atlet senior seperti Serena Williams (tenis), Yelena Isinbayeva (olahraga) dan Shelly-Ann Franser-Pryce. Turut tersenarai ialah Nadine Angerer (bola sepak) dan Tina Maze (ski). Bagai mimpi menjadi kenyataan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah di atas tragedi MH370. Saya melihat kembali video kejayaan saya dan tidak mempercayainya, saya juga bertemu ramai legenda sukan di sini. Inilah kali pertama saya datang ke Malaysia, terima kasih semua termasuk ibu bapa saya," kata Franklin yang turut terkenal dengan jolokan Missile Missy. Kejayaan meraih gelaran treble tahun lalu membolehkan Bayern Munich merangkul anugerah Pasukan Terbaik Dunia dengan mengetepikan pasukan ragbi New Zealand (All Blacks), pasukan bola sepak kebangsaan Brazil, pemain tenis beregu Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan, pasukan bola keranjang, Miami Heat dan pasukan F1, Red Bull. Pelumba MotoGP dari Sepanyol, Marc Marquez berjaya meraih Anugerah Atlet Baharu Paling Menonjol di atas kejayaannya menjadi pelumba termuda memenangi kejuaraan dunia tahun lalu pada usia 20 tahun 266 hari. Anugerah Kebangkitan Dunia Laureus pula diraih pemain tenis sensasi Sepanyol, Nadal yang bergelut dengan kecederaan sebelum bangkit semula tahun lepas dengan memenangi dua kejuaraan Grand Slam, Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat serta lima kejuaraan Master ATP. Sementara itu Najib mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, sambil menegaskan, anugerah ini bukan hanya untuk sukan semata-mata. Anugerah ini bukan hanya untuk sukan semata-mata, malah melibatkan pelbagai program termasuk dari segi pendidikan seperti mana yang dilakukan di Brazil," kata Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan. Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei antara atlet tempatan yang dijemput menghadiri anugerah berprestij ini. |
Tragedi MH370 bayangi Grand Prix Malaysia Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT Nico Rosberg (kiri) dan Lewis Hamilton turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370. KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu paling suram dalam sejarah 15 tahun penganjurannya hujung minggu ini dengan tragedi yang menimpa pesawat malang, MH370 bakal membayangi saingan. Pada ketika juara dunia, Red Bull mengancam untuk menarik diri dan peraturan baharu bahan api yang diperkenalkan oleh penganjur menerima reaksi bercampur baur daripada pasukan-pasukan Formula Satu, perlumbaan itu berdepan ujian besar yang jarang berlaku. Tindakan pemilik Red Bull, Dietrich Mateschitz yang mengancam untuk memboikot perlumbaan ekoran tindakan penganjur membatalkan kejayaan pemandunya, Daniel Ricciardo daripada menduduki tangga kedua Grand Prix Australia, dua minggu lalu memburukkan lagi keadaan. FIA, badan yang mengawal sukan Formula Satu mendapati, jentera yang digunakan oleh pemandu Australia itu melanggar peraturan penggunaan bahan api, salah satu peraturan baharu yang diperkenalkan musim ini. Begitupun bagi kebanyakan pasukan, perlumbaan hujung minggu ini akan dimulakan dengan penuh kesedihan ekoran tragedi yang menimpa pesawat MH370, yang disahkan hilang di tengah-tengah Lautan Hindi. Bagi mereka, kedudukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang amat hampir dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), lokasi di mana MH370 berlepas, membuatkan perlumbaan itu amat dekat dengan tragedi tersebut. Malah, Formula Satu secara tidak langsung juga menjadi sebahagian daripada peristiwa malang itu apabila pusat media dan beberapa anggota keluarga penumpang MH370 terpaksa dipindahkan dari hotel penginapan mereka untuk memberi laluan kepada tetamu perlumbaan. Terdahulu, penganjur juga mengumumkan konsert Twin Tower yang dijadual berlangsung pada 28 dan 29 Mac, sempena perlumbaan tersebut turut dibatalkan bagi menghormati tragedi yang berlaku. Penyanyi terkenal, Christina Aguilera antara yang dijadual membuat persembahan. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberitahu, jumlah kehadiran penonton dijangka tetap tinggi biarpun perlumbaan dibayangi tragedi, di mana 30 peratus tiket pada hari saingan sudah habis dijual. Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton antara yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap kepada keluarga penumpang serta anak kapal MH370. Semua doa dan rasa simpati saya mengiringi keluarga serta rakan-rakan penumpang dan anak kapal MH370," tulis bekas juara dunia, Hamilton dalam akaun Twitter miliknya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |