{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pendaratan tuntung laut semakin berkurangan

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Kadar pendaratan tuntung laut semakin membimbangkan di Setiu, Terengganu.

SETIU 1 Mac - Kadar pendaratan tuntung laut di daerah ini semakin membimbangkan apabila sepanjang tahun lalu, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia hanya dapat mengeramkan 69 sarang haiwan itu berbanding 114 pada 2009.

Jumlah penurunan pendaratan habitat itu yang begitu ketara sejak lima tahun lalu menyebabkan WWF Malaysia mengambil langkah pemuliharaan yang lebih efektif bagi memastikan kelangsungan populasi spesies sangat terancam itu.

Pegawai Biologi Kanan, Program Pemuliharaan Penyu Terengganu, Sharifah Ruqaiyah Syed Mustafa berkata, tuntung laut kini menghadapi ancaman kepupusan tahap kritikal akibat pelbagai masalah yang perlu ditangani semua pihak.

Beliau berkata, antara masalah itu ialah amalan memakan telur tuntung yang masih berleluasa serta kemusnahan habitat kerana pembangunan kawasan tebing sungai dan pantai yang tidak terancang.

"Kita juga mendapati spesies ini sering mati apabila terperangkap pada pukat nelayan selain tiada kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan haiwan itu.

"Tuntung laut merupakan spesies yang unik dan habitat itu mendiami muara, kawasan tanah bencah dan anak sungai," katanya dalam Program Gotong-Royong Sukarelawan Penyu dan Tuntung Laut (V42T) yang disertai 100 pelajar di Kampung Baru Penarik, dekat sini hari ini.

Program anjuran bersama Majlis Daerah Setiu (MDS), Persatuan Wanita Kampung Mangkok, Penarik Inn, Kelab Marina Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Djungle Group itu turut membina sebuah pusat penetasan penyu di sini yang boleh menempatkan 200 hingga 300 sarang dalam satu masa.

Yang turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Hasni Abu Bakar.

Sharifah Ruqaiyah memberitahu, gotong-royong itu untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang usaha-usaha konservasi penyu dan tuntung laut di daerah ini.

Menurutnya, kawasan pantai sekitar pusat penetasan penyu itu juga dibersihkan daripada sampah sarap serta halangan seperti pokok yang tumbang bagi memberi laluan kepada habitat berkenaan mendarat dan bertelur.

TM pasang penggera amaran

Posted: 28 Feb 2014 10:43 AM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Ab. Rashid Che Othman (kiri) menyampaikan insentif kepada penangkap pencuri kabel TM di Masjid Mukim Tendong, dekat Pasir Mas, Kelantan, malam semalam.

PASIR MAS 28 Feb. - Telekom Malaysia (TM) Kelantan telah memasang sistem penggera amaran kecurian kabel 'I-Watch' dalam usaha mengekang kegiatan tersebut daripada terus berulang pada masa hadapan.

Pengurus Besar TM negeri, Ab. Rashid Che Othman berkata, setiap kali kabel TM dipotong sistem tersebut akan menghantar pesanan kepada pusat kawalan operasi dengan memberikan maklumat yang tepat berhubung lokasi dan masa kejadian.

Menurutnya, pusat kawalan operasi dibuka selama 24 jam sehari itu akan terus memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai TM yang membuat rondaan dan menghubungi Bilik Gerakan Polis.

"Alhamdulillah, sejak sistem ini dipasang kita berjaya menangkap mereka (pencuri) yang terlibat dalam aktiviti mencuri kabel di negeri ini sekali gus mengurangkan kadar jenayah tersebut.

"Sistem ini telah dipasang di seluruh ibu sawat TM dan kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering berlaku kecurian kabel antaranya di Wakaf Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kepada Penangkap Pencuri Kabel TM dan Komuniti TM Bersama Masyarakat di Masjid Mukim Tendong, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Deputi Supritendan Shamsulmudin Sulaiman dan Imam Masjid Mukim Tendong Hussain Ishak.

Tambah Ab. Rashid, selain sistem penggera, pihaknya turut melantik pengawai keselamatan swasta untuk membuat rondaan di kawasan yang kerap kali berlakunya kecurian kabel.

Katanya, sejak sistem tersebut diperkenalkan, kecurian kabel di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 500 kes pada 2013 berbanding sebelumnya 1,500 kes.

Ujarnya, kebanyakan pelaku jenayah mencuri kabel itu terdiri daripada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah berdasarkan tangkapan dibuat ketika sedang melakukan kesalahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab. Rashid berkata, setiap tahun TM terpaksa membelanjakan RM5 hingga RM6 juta untuk membaik pulih kerosakan akibat kecurian kabel ini.

RM300,000 bantu usahawan Pengkalan Chepa

Posted: 28 Feb 2014 10:43 AM PST

Zarina Md. Eusope (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada Ainur Zuklifli di rumahnya di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Rosmizan Resdi

KOTA BHARU 28 Feb. - Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan lebih RM300,000 menerusi program Usahawanita di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa sejak tahun lalu.

Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa, Zarina Md. Eusope berkata, melalui program itu, penerima-penerima akan diberi bantuan peralatan untuk menjalankan perniagaan bagi menambah sumber pendapatan sedia ada.

Katanya, setiap penerima bantuan tersebut dipilih selepas mengambil kira beberapa kriteria seperti keadaan ekonomi dan taraf hidup mereka sekeluarga.

"Sejak tahun lalu, kita telah mula membantu wanita-wanita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di kawasan ini dengan menyediakan peralatan perniagaan yang diperlukan.

"Dengan cara ini, kita dapat memberi peluang kepada usahawan mahupun peniaga-peniaga kecil memperbesarkan perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada pesakit kanser payu dara, Ainur Zuklifli, 7, di rumahnya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zarina berkata, Wanita UMNO akan sentiasa berusaha menyalurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, beliau berkata, perkembangan kesihatan Ainur akan sentiasa dipantau oleh pihaknya bagi meringankan penderitaan yang ditanggung keluarga tersebut.

"Kes Ainur ini agak terpencil kerana melibatkan seorang kanak-kanak dan saya akan sentiasa memantau jika mereka sekeluarga memerlukan sebarang bantuan dari semasa ke semasa.

"Selain itu, saya juga akan berusaha untuk memohon bantuan khas dari segi rawatan percuma kepada Ainur sehingga dia sihat dan bebas penyakit berbahaya itu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat