{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Bina stadium: Penduduk tuntut janji

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan@utusan.com.my

Zulkifli Ali (depan, dua dari kiri) menunjukkan batu asas yang dibina oleh kerajaan Pas Kelantan sebagai tanda pelaksanaan projek stadium yang diuar-uarkan sejak 2011 di Bukit Merbau, Pasir Puteh, baru-baru ini.- UTUSAN/JAZALY AMRY JAAFAR

PASIR PUTEH 23 Mac - Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya mendedahkan status projek pembinaan stadium bola sepak bertaraf antarabangsa di Bukit Merbau di sini yang diumumkan pada Mei 2011.

Malah pada 30 Mac ini, genap setahun majlis pecah tanah projek pembinaan stadium itu yang dirasmikan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali berkata, hampir setahun rakyat Kelantan menanti stadium yang dijanjikan itu namun sehingga kini projek tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan perkembangan terkini pelaksanaan stadium yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas majlis pecah tanah tersebut.

Sudah hampir setahun projek ini dilancarkan, namun sehingga hari ini hanya batu asas yang ada. Rakyat Kelantan terutama penduduk setempat tertunggu-tunggu pelaksanaan projek mega yang diuar-uarkan sejak 2011 itu.

Sebagai rakyat, mereka berhak mendapatkan penjelasan tentang status perkembangan terkini namun sehingga kini kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob masih belum menyatakan komitmen tentang pembinaan kompleks tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke tapak projek pembinaan stadium bola sepak itu di Bukit Merbau baru-baru ini.

Pada 18 Mei 2011, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di pejabatnya mengumumkan bahawa Kerajaan Pas Kelantan berjanji akan membina sebuah kompleks sukan termasuk sebuah stadium bola sepak baharu.

Stadium yang bakal dibina itu mempunyai 40,000 tempat duduk serta beberapa prasarana sukan lain seperti kolam renang.

Bagi meyakinkan rakyat pada 30 Mac lalu, Nik Abdul Aziz merasmikan majlis pecah tanah projek yang melibatkan kos yang bernilai RM159 juta dan membabitkan kawasan seluas 50.4 hektar.

Pada masa sama, Zulkifli turut meminta Kerajaan Pas Kelantan supaya mendedahkan sebarang dokumen atau surat niat yang telah dikeluarkan bagi membuktikan bahawa projek itu akan dilaksanakan.

Projek mega yang dicanang kerajaan negeri sejak dua tahun lalu telah disambut baik oleh penduduk dalam kawasan Selising terutama di Bukit Merbau yang mana ia mampu membangunkan kawasan di sini.

Sehubungan itu, pihak terbabit yang mengendalikan pelaksanaan projek tersebut perlu tampil memberi penjelasan kerana ia menjadi harapan rakyat Kelantan terutama penduduk setempat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas mengenai projek tersebut.

Takaful Ikhlas peruntuk RM110,000 bantu nelayan

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Rozhan Yusof (kanan) bersama Zawahir Abdullah (dua kiri) menyampaikan bantuan pukat kepada nelayan mukim Telong sempena program Kemanusiaan Bersama Penduduk Miskin Pantai Timur di Bachok, semalam.

BACHOK 23 Mac - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memperuntukkan sebanyak RM110,000 untuk menjayakan program Kemanusiaan Bersama Penduduk Miskin Pantai Timur yang berlangsung di Sudara Beach Resort, dekat sini semalam.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga Takaful Ikhlas, Rozhan Yusof berkata, program kemanusiaan itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (Islamic AID) serta Sudara Beach Resort dan membabitkan 100 keluarga nelayan di sekitar mukim Telong.

Menurutnya, sebanyak RM65,000 sumber kewangan bagi membiayai program diperoleh daripada Tabung Khidmat Sosial Tafakul Ikhlas manakala baki RM45,000, adalah wang zakat yang perlu disalurkan kepada asnaf yang layak.

Program ini dijayakan oleh 25 kakitangan Takaful Ikhlas dari Kuala Lumpur serta para sukarelawan Islamic AID.

Sumbangan bantuan yang dihulurkan merangkumi barangan keperluan asas, kelengkapan menangkap ikan kepada 10 nelayan pantai yang terpilih serta perkhidmatan mengecat bot mereka di tepi pantai Melawi," katanya selepas menyempurnakan majlis pengagihan bantuan itu.

Yang hadir sama, Presiden Islamic AID, Zawahir Abdullah dan Pengarah Urusan Sudara Beach Resort, Maimun Hussin.

Pada majlis sama, Takaful Ikhlas turut memberi sumbangan zakat sebanyak RM25,000 kepada beberapa buah pusat tahfiz dan madrasah yang memiliki premis daif di sekitar daerah ini, Tok Bali dan Pasir Puteh selain mengadakan gotong-royong bersama pelajar pusat tahfiz.

Antara penerima sumbangan adalah Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pondok Darul Ihya, Madarasah Darul Ihya, Madarasah al-Islahiyyah Pondok Kuin Pasir, Tabung Pembangunan Pusat Pengajian Pondok Kandis dan Pertubuhan Kebajikan Tunas al-Quran.

Selain itu, para pelajar yang menuntut di pusat-pusat tahfiz berkenaan turut diraikan dalam satu majlis makan malam.

Satu kunjungan kemanusiaan turut diadakan di Madrasah Tarbiah al-Aulad di Kampung Sungai Kenerong di Gua Musang," tambah Rozhan.

1,700 pelajar sertai Jejak Menara 2014 UMT

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Jailani Ngah (berdiri, tujuh dari kanan) bersama pelajar yang mengikuti program Jejak Menara 2014 di UMT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Seramai 1,700 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikuti program Jejak Menara 2014 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini baru-baru ini.

Jumlah penyertaan itu merupakan antara yang tertinggi sejak siri pertama Jejak Menara 2014 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diadakan pada 8 Mac yang lalu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan.

Selain Kelantan dan Terengganu, antara lokasi lain yang telah menjadi tuan rumah untuk siri jelajah sepanjang bulan ini ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kedah.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah memuji penganjuran program itu yang disifatkan sebagai pendedahan awal tentang realiti kehidupan di kampus, menentukan jurusan untuk kerjaya masa depan dan hala tuju mahasiswa muslim demi agama, bangsa dan negara.

Saya melihat program ini sebagai satu persediaan yang lengkap kepada mereka apatah lagi program anjuran Yadim ini turut menekankan aspek kemantapan rohaniah secara tidak langsung dalam beberapa modul yang diterapkan.

Ia sejajar dengan usaha kerajaan untuk melahirkan golongan mahasiswa yang lebih berketerampilan pada masa depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Jejak Menara 2014 di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengurus Besar (Pengurusan) Yadim, Fazni Mat Ariffin dan Pengurus Yadim Wilayah Timur, Mahadi Awang.

Jejak Menara 2014 adalah program bersifat jelajah iaitu di 14 negeri seluruh Malaysia dengan kerjasama daripada institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan ia diadakan setiap hari Sabtu bermula 8 Mac lalu.

Secara dasarnya, tujuan program ini diwujudkan ialah bagi melahirkan bakal mahasiswa yang berfikrah Islami dan berjiwa kesukarelawan selain sebahagian daripada usaha untuk membangunkan kewibawaan bakal mahasiswa dengan keluasan ilmu dan berakhlak mulia.

Dalam pada itu, Fazni memberitahu, Yadim akan melakukan beberapa penambaikan dalam setiap siri jelajah Jejak Menara 2014 termasuk memperkemaskan setiap modul yang cuba ditonjolkan pada setiap program.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat