{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Status jalan pada tahap terbaik

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR
utusankelantan@utusan.com.my

NOZULA Mat Diah (dua dari kanan) menyampaikan bantuan wang sara hidup RM1,000 kepada peneroka Kesedar Paloh 1 di Dataran Felda Paloh 1,Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.- Utusan/ JAZALY AMRY JAAFAR

GUA MUSANG 27 Mac - Kesulitan para pengguna Jalan Felda Aring 1 yang juga laluan alternatif ke Kuala Terengganu melalui Tasik Kenyir dan Kuala Berang sudah berakhir setelah siap dibaik pulih awal bulan ini.

Kerja-kerja menurap semula jalan sepanjang 27 kilometer yang melibatkan kos RM3 juta itu disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, para pengguna kini lebih selesa melalui laluan tersebut.

Kita telah selesaikan masalah ini dengan menurap jalan yang rosak dengan sempurna bermula dari jalan utama Gua Musang sehingga ke jalan ladang di kawasan Felda.

Jalan alternatif ini diharapkan dapat memberi keselesaan selain mengelak kesesakan lalu lintas kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas penyampaian bantuan wang sara hidup peneroka Kesedar sebanyak RM1,000 setiap seorang di Dataran Felda Paloh 1 di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad.

Sebelum ini, pengguna sering merungut berikutan keadaan jalan berlubang yang dikhuatiri boleh mengundang kemalangan.

Nozula berkata, Kerajaan Pusat sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.

Jalan ini merupakan laluan utama masyarakat peneroka di sini dan ia juga adalah laluan alternatif yang penting bagi menghubungkan Terengganu dan Kelantan.

Amat wajar jalan ini dibaik pulih untuk kemudahan semua dan kita amat mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar rintihan rakyat," katanya.

MITI buka peluang pelabur dapatkan penjelasan SKB

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

AZRAN Deraman (kanan) menerangkan pendekatan mudah untuk mendaftar atas talian bagi menyertai pelaburan Saham Khas Bumiputera MITI di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

BACHOK 27 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Cawangan Kelantan akan membuka peluang kepada pelabur tempatan bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai pelaburan Saham Khas Bumiputera (SKB) yang ditawarkan.

Pengarahnya, Azran Deraman berkata, penjelasan mengenai SKB itu dibuat menerusi sesi taklimat yang diadakan MITI secara berterusan.

Beliau berkata, taklimat secara berkelompok yang dilaksanakan oleh MITI secara percuma itu bakal membantu bakal pelabur mendapatkan informasi pelaburan perniagaan dengan tepat dan tidak tertipu oleh tawaran-tawaran yang mengenakan caj tinggi.

Katanya, kesedaran orang ramai di negeri ini mengenai pelaburan dan saham yang ditawarkan adalah terhad walaupun ia adalah peluang yang seharusnya direbut termasuk menyertai syarikat-syarikat tertentu yang mula terbabit dengan dagangan Bursa Saham Malaysia.

MITI memiliki butiran yang terperinci berhubung perkara ini dan seharusnya bakal pelabur dan individu yang memiliki modal, koperasi dan syarikat sendirian berhad yang berminat perlu tampil berdaftar dengan MITI untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Taklimat dan Pendaftaran Dalam Talian (Online) Saham Khas Bumiputera Untuk Individu dan Syarikat anjuran MITI Kelantan di salah sebuah resort di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, Azran berkata, hasil taklimat yang dijalankan hampir keseluruhan peserta yang hadir telah menunjukkan minat dan membuat pendaftaran segera untuk menyertai mana-mana pelaburan SKB yang ditawarkan.

Ini adalah hari kedua sesi taklimat diadakan selepas dilaksanakan di Kota Bharu semalam. Sesi hari ini juga membolehkan orang ramai yang tinggal di daerah ini, Machang, Pasir Puteh dan Besut, Terengganu turut berpeluang mendapatkan penjelasan berhubung SKB," katanya.

Sementara itu, katanya, kehadiran orang ramai pada sesi taklimat ini adalah sangat memberangsangkan.

Katanya, taklimat tersebut bukan sahaja membabitkan sesi penerangan tetapi mencakupi pelbagai sesi antaranya soal jawab dalam menyampaikan maklumat.

Persidangan MPP platform perkasakan kepemimpinan

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

KOTA BHARU 27 Mac - Persidangan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Malaysia (PoliSmart) yang diadakan baru-baru ini menjadi platform terbaharu dalam usaha memperkasakan barisan kepemimpinan pelajar di institusi pengajian berkenaan.

Pengarah program, Mohd. Shaiful Azhar Jaafar berkata, dalam persidangan tersebut mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan aspek pengurusan dalam kepimpinan.

Katanya, antara aspek lain yang diberikan penekanan dalam persidangan tersebut ialah pengucapan awam, debat dan pengurusan persidangan.

Hasrat kita melalui program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin berkaliber dalam kalangan pelajar Politeknik bagi membolehkan mereka bersaingan dengan pimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam persidangan tersebut, seramai 32 Yang Dipertua MPP dari seluruh negara telah menyertai persidangan tersebut.

Mohd. Shaiful memberitahu, pada persidangan itu juga, pelantikan jawatankuasa MPP Politeknik kebangsaan turut dijalankan.

Katanya, kewujudan jawatankuasa berkenaan bertujuan memperkasakan kepimpinan dalam kalangan pelajar Politeknik sekali gus menjadikan mereka lebih berdaya saing.

Persidangan tersebut juga turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan kebajikan, keselamatan, sahsiah diri dan akademik pelajar yang menuntut di Politeknik," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat