{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda raja alias - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda raja alias - Google Blog Search


DALAM AKTA GSA TANAH DALAM <b>FELDA</b> ADALAH MILIK PENEROKA

Posted: 25 Feb 2011 03:14 AM PST

Perbicaraan kes ini didengar dihadapan Hakim Rosnaini Binti Saub pada 10hb Januari 2011 dan diputuskan pada 28hb Januari 2011 didalam Kamar Hakim.

Seramai 225 orang Peneroka Felda di Felda Raja Alias 2 terlibat untuk menebang pokok-pokok getah yang sudah tua untuk ditanam semula.

Feldaelah melantik Kontraktor Utamanya Koperasi Serbaguna Felda Serting Dua Berhad untuk menjalankan kerja-kerja menebang dan menjualkan kayu-kayu getah dan Felda berhajat untuk menjalankan kerja-kerja tanam semula getah di Felda Serting 2 (nama yang lebih popular adalah Felda Raja Alias 2).

Peneroka-Peneroka itu telah diberikan harga jualan kayu getah itu sebanyak RM28,000.00. Seramai 28 orang Peneroka tidak bersetuju dengan jumlah harga kayu itu dan tidak bersetuju ladang mereka diserah kepada Felda untuk menjalankan kerja-kerja tanam semula bagi pihak mereka, dan mereka telah memohon kepada Felda untuk menjalankan kerja-kerja penebangan dan penjualan kayu secara bersendirian dan seterusnya menanam semula juga secara bersendirian.

Felda telah mengeluarkan surat perlepasan kepada 28 orang Peneroka tersebut kerana Peneroka-Peneroka itu telah berjaya menyelesaikan segala hutang mereka kepada Felda dan membayar wang deposit untuk penggunaan jalan pertanian didalam rancangan itu seperti yang dituntut oleh Felda.

28 Peneroka itu telah berunding dengan sebuah syarikat Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja penebangan kayu getah dan seterusnya menjualkan kayu-kayu itu dan mereka telah ditawarkan sebanyak RM35,000.00 (iaituRM7,000.00 lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Kontraktor yang mewakili Felda).

Apabila kontraktor Peneroka mula menjalankan kerja-kerja penebangan, mereka telah diarah dan dihalang dengan Perintah Injunksi Sementara oleh Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd iaitu sub-sub-Kontraktor kepada Koperasi Serbaguna Felda Serting 2 Berhad (Kontraktor pihak Felda). Perintah Injunksi Intrim itu diperolehi oleh Huat Hing Rubberwood Berhad secara ex-parte pada30.1.10, dan pendengaran inter-partes dibuat didalam Kamar Hakim pada 10hb Januari 2011 dan diputuskan pada 28hb Januari 2011.

Dari segi luarannya, kes ini hanyalah kes sivil tuntutan biasa sahaja, tetapi sebenarnya implikasi kepada kes ini amat meluas dan boleh menjejaskan kedudukan peneroka-penroka Felda vis-a-vis hakmilik mereka kepada ladang-ladang mereka di tanah rancangan Felda.

Didalam affidavit yang diikrarkan oleh Penasihat Undang-Undang Felda dinyatakan bahawa tanah-tanah didalam Rancangan Felda yang masih belum menerima Suratan Hakmilik (Geran) adalah tanah-tanah kepunyaan Felda dan Felda berhak melakukan apa-apa sesuatu melibatkan tanah tersebut.

Keputusan Mahkamah mendapati bahawa Peneroka-Peneroka tersebut adalah mempunyai hak keatas tanah-tanah ladang mereka walaupun belum dikeluarkan geran tanah kepada mereka, meeka mempunyai "legitimate expectation of being made a registered owner of their respective plots of land and FELDA has a duty to apply or request the State Government to do so.. " (mereka mempunyai ekspektasi yang sah untuk didaftarkan sebagai pemilik keatas plot-plot tanah itu dan FELDA bertanggungjawab untuk memohon kepada Kerajan Negeri untuk berbuat demikian).

Dengan keputusan ini, FELDA tidak lagi boleh berdolak-dalih untuk melewat-lewatkan permohonan geran kepada Kerajaan Negeri supaya geran-geran tanah kepada Peneroka-Peneroka yang telah menjelaskan bayaran hutang kepada FELDA.

Amalan FELDA pada hari ini adalah sengaja melewat-lewatkan tindakan permohonan geran kepada Kerajaan Negeri dan dengan kelewatan Peneroka-Peneroka mendapatkan geran tanah diambil peluang oleh Felda untuk mengujudkan Perjanjian Tambahan diantara Felda dan Peneroka dengan syarat-syarat dan terma yang sangat berat sebelah memaksa kepada Peneroka-Peneroka menyerahkan tanah ladang mereka kepada Felda untuk ditanam semula.

Peneroka-Peneroka sudah "jenuh" membayar hutang-hutang mereka kepada Felda untuk mendapatkan geran dan tidak mahu dibebankan dengan hutang-hutang baru yang tidak munasabah.

Terdapat kini Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri terpaksa menanggung hutang hingga RM100,000.00 sedangkan mereka hanya diberikan elaun sara hidup sebanyakRM1500.00 yang dikirakan juga sebagai hutang. Mereka membuat perbandingan dengan peneroka-peneroka yang menanam sendiri yang bukan sahaja bebas hutang tetapi mendapat pendapatan jauh lebih tinggi daripada Peneroka-Peneroka yang menanam melalui Felda, dan diwaktu harga getah dan sawit yang begitu tinggi sekarang ini, Penderoka-Peneroka bersendirian boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000.00 sebulan berbanding dengan Peneroka-Peneroka melalui Felda yang hanya mendapat RM1500.00 sebulan.

Didalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Peneroka-Peneroka itu bukanlah "penceroboh" dan mereka itu mempunyai hakmilik benefisial keatas ladang-ladang mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat