felda sahabat lahad datu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sahabat lahad datu - Google Blog Search |
AKU: <b>Felda Sahabat Lahad Datu</b> Posted: 24 Feb 2011 02:02 AM PST Bosan btul lepak rumah xbuat apa2 ni. Banyak plan yg dirancang tp xstart2 lg sbb bnyk benda yg perlu dipertimbangkan. Itik, kambing, ikan bilis, ayam segar - semua ini termasuk dlm rancangan aku tp perlu diambil kira permintaan pasaran jgk. Baru2 ni cousin aku ajak p rumah mereka di Felda Sahabat tuk tgk tanah kosong di blkg rumahnya. Best jgk dpt p sana sbb dpt tgk tmpt org walaupun aku pernah p sekali ke sana. Pintu masuk ke Bandar Sahabat, Felda Sahabat Lahad Datu Aku ke sana selama 4 hari. Sampai sana tgh malam sbb kami gerak agak lambat dari rumah. Sampai je terus tidur dgn xmandi langsung. Keesokan harinya aku follow cousin aku p Pantai Sahabat 16 yg juga dikenali sbg Desa Kencana (kalau xsilap la...;p) berdekatan dgn pejabat pentadbiran Felda Sahabat. Pantai Felda Sahabat Pantai dia agak cantik jgk sbb bnyk pokok yg tinggi dan terdapat juga laluan tuk pejalan kaki menyusuri pantai tersebut di bwh rimbunan pokok2. Terdapat juga jeti atau pelabuhan minyak Felda berdekatan pantai ni. Laluan pejalan kaki Jeti Felda Sahabat Di pantai ini jugak terletaknya pusat pentadbiran Felda untuk seluruh Sabah. Felda Sahabat ini merupakan felda terbesar di Sabah bahkan mungkin juga di Malaysia. Keluasannya saujana mata memandang dgn pemandangan kelapa sawit sepanjang jalan. Apa2 pun puas hati dpt menjelajah di felda ni dgn mengelilingi keseluruhan kawasan felda. Kompleks Pejabat Felda | ||||||||||||
Streamyx lemah semula di <b>Lahad Datu</b> - LAMAN KL-TODAY.COM Posted: 27 Feb 2011 07:39 PM PST Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin LAHAD DATU – Pengguna Streamyx di Felda Sahabat, Lahad Datu membuat laporan semula tentang capaian Streamyx yang lembab sejak 11 hari lalu. Laporan tersebut telah dibuat pada 18 Februari selepas kelajuan yang direkodkan oleh TM Speedometer jatuh kepada 49 kbps pada hari sebelumnya. Beberapa pengguna merungut bahawa kelembapan capaian tersebut telah berlaku sejak beberapa hari lebih awal. Sebelum ini, satu laporan telah dibuat pada 23 Disember tahun lalu menerusi saluran TM 100 atas sebab yang sama, tetapi masalah tersebut hanya dipulihkan pada 20 Januari tahun ini selepas 29 hari. Walau bagaimanapun, kelajuan yang pulih tersebut hanya bertahan tidak sampai sebulan sebelum kelajuannya jatuh semula, menyebabkan pengguna sakit hati dan membuat aduan semula. Paling teruk, kelembapan tersebut berlaku sepanjang masa walaupun selepas tengah malam atau hujung minggu. Faisal, seorang guru berkata, "Masalah ini betul-betul menyusahkan saya. Saya tidak dapat buat banyak kerja saya dengan baik. Sampai hendak tempah tiket AirAsia atau urusan bank di atas talian pun susah". Beberapa pengguna berkata, mereka tidak menerima sebarang pampasan atau pengurangan dalam bil Streamyx mereka, walaupun capaian Internet untuk tempoh tersebut jatuh kepada 3 kbps yang paling teruk.
Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa pasukan Pakar TM masih gagal membaiki capaian Internet yang super lambat di Felda Sahabat walaupun laporan telah dibuat sejak 23 Disember tahun lalu. Beberapa penduduk setempat mengadu bahawa mereka hanya menerima kelajuan pindah turun sebanyak tujuh kbps, dan hal ini telah mengganggu pusat siber tempatan daripada beroperasi. -KLToday.com |
You are subscribed to email updates from felda sahabat lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |