felda chini - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chini - Google Blog Search |
THE FLYING KICK: BANGAU PAS DI KULIM HI-TECH PARK GELABAH BERUK!!!! Posted: 27 Feb 2011 02:00 PM PST Mohamad Sobri Osman adalah Presiden Kulim HiTech Park. Dia juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani. Dia juga merupakan Pengarah Tindakan DUN Bakar Arang dan AJK PAS Negeri (Lantikan). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Prestasi Sobri di KHTP sebenarnya sangat buruk. Menerusi pertalian kekeluargaan dengan Menteri Besar melalui sebelah isterinya, Sobri yang merupakan bekas Pengurus Kanan HR di Hitachi Metals yang sekarang ini dikenali sebagai Renesas di Kulim dan Pulau Pinang sekalipun dilaporkan memiliki MBA. Dia telah dilantik oleh OSTAT KITA, Azizan Abdul Razak menggantikan Dato' Ahmad Shukri Tajuddin sebaik-baik sahaja PAS berjaya mengambilalih kerajaan negeri Kedah. Dan selepas itu, bermulalah SEGALA KEBODOHAN YANG MERUGIKAN akibat perlantikan orang yang tidak berkelayakan, tidak tahu apa-apa kecuali melancong ke luar negara, dan pembaziran yang sangat ketara. Bahkan ketika masalah air yang meruncing berlaku di KHTP, mangkuk ini sebenarnya kelam-kabut. Apakan tidak, masalah air telah menyebabkan beberapa buah kilang menutup kilang dan para pelabur cabut lari ke Senai. Malangnya, bangkai walau sebaik mana pun ditutup, baunya tetap pekung. Mahu tidak mahu, Sobri Osman terpaksa mengeluarkan pekeliling kepada kakitangan agar bekerjasama dengannya untuk 'menangkap' orang yang membocorkan rahsianya. Malah digalakkan pula para kakitangannya untuk saling mencurigai sesama sendiri. Apa yang boleh dilakukan oleh orang besar PAS ini selain daripada menipu, membohong dan cuba menyembunyikan pembohongannya? Cakap terlalu besar dan sering mendabik dada bahawa orang terdahulu adalah korup dan penyeleweng, namun berdasarkan daripada situasi semasa dari tahun 2008 sehingga sekarang, mereka yang dilantik untuk mengetuai KHTP sebenarnya adalah orang yang tidak cekap, tidak boleh melakukan kerja, tidak ada pengalaman, dan tidak ada ilmu pengetahuan, melainkan hanya sebagai AHLI DAN PEMIMPIN PAS SEMATA-MATA. Ini hanya satu GLC sahaja di Kedah yang telah dijahanamkan oleh para pemimpin PAS yang sering bercakap pandai tetapi sebenarnya otak kecik dan ciput. Ada berapa banyak GLC lain di Kedah dan berapa banyak pula kerosakan dan kerugian yang telah dialami? Bandingkanlah PANDAI KERJA ORANG PAS berbanding orang UMNO-BN sepanjang KHTP ditubuhkan dari tahun 1996 sehingga 2010.... pelaburan tinggi pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh campurtangan agensi kerajaan pusat. Kalau harapkan Sobri Osman, hanya menjahanamkan KHTP dengan lawatan sambil buang duit ke luar negara yang kerap dilakukannya tanpa sebarang hasil untuk KHTP... Islam sungguh puak-puak ni, kan? Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (1996 – 2010)
|
You are subscribed to email updates from felda chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |