felda sungai koyan - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai koyan - Google Blog Search |
Catatan perjalanan : Cameron Highland Posted: 13 Feb 2011 04:14 PM PST Percutian bajet ciput ke Cameron Highland. Perjalanan bermula pada hari Jumaat, 11 Februari 2011. Jam 8.30 malam kami bergerak ke Gombak untuk menghantar stok ikan keli salai kepada pemborong tetap. Kemas barang² , macam² bawak. Maklumlah percutian bajet.. Ade dapur, periuk, beras, telur..macam² lagilah.. tapi yang paling special, siap bawak coklat untuk slot "strawberry & chocolate!!!" nanti. Memandangkan kami dah sampai ke Gombak, rasa macam rugi pulak kalau nak patah balik ke rumah. Tambahan pulak MR BOSS a.k.a driver pon dah penat & ngantuk, kami pon tido jek lah dalam kereta kat parking area kat Genting Sempah. Survival. Gaya hidup bakal jutawan yang tengah sengkek?? Esok paginye, 12 Februari.. siap² mandi & solat, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland, jam 6.30 pagi. Sejuk & gelap. Dari Genting Sempah, melalui lebuhraya Utara-Selatan, keluar ke susur BENTONG, RAUB, KUALA LIPIS. Sampai ke RAUB, perut pon dah berdondang sayang, sarapan roti canai dan berehat setengah jam. Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Secara umumnya, perjalanan mendaki ke Cameron Highland kali ni akan menggunakan laluan negeri Pahang : BENTONG-RAUB-KUALA LIPIS-CAMERON HIGHLAND. Bukan mendaki dari Tapah, Perak. Jimat tol. (TOL: Tol Gombak : RM 5.00, Tol Karak : RM 3.00 ) Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan ini memang tak kelihatan sebarang papantanda bertulis CAMERON HIGHLAND. Mungkin catatan perjalanan ini berguna kepada traveller seperti kami. Anda akan menemui papantanda Bukit Fraser (promosi-lain kali boleh ke sini pula!). Perjalanan perlu diteruskan melepasi simpang ini. Jangan masuk!! Apabila memasuki Bandar Raub, boleh ikut papantanda ke arah SUNGAI KOYAN a.k.a FELDA SUNGAI KOYAN. Untuk makluman, Felda Sungai Koyan terletak dalam daerah Kuala Lipis (kalau tak silap lah). tapi jangan ikut papantanda kuala lipis secara terus sebab sungai koyan tu kat sempadan raub-kuala lipis jek. Setelah memasuki kawasan Felda Sungai Koyan, anda akan jumpa satu simpang ke kiri dengan papantanda POS BETAU. Ini bukan pejabat pos tapi satu kawasan perkampungan orang asli. Untuk ke Cameron Highland, sila masuk ke simpang nih, dalam masa lebih kurang 1-2 jam (bergantung kepada kelajuan), anda akan sampai ke kawasan ULU RINGLET!!. Sepanjang perjalanan dari simpang ini ke ringlet, nanti jangan masuk mane² simpang, terus jek. kalau tak nanti bercuti di kampung "origin". Tapi menarik juga tuh. Tips: Perjalanan mendaki bukit tentunya memerlukan bahan api yang agak banyak. Nasihat saya, lebih baik jika anda mengisi tangki minyak sebelum mula mendaki, kerana sepanjang perjalanan dari POS BETAU ke ULU RINGLET, memang tak jumpa stesen minyak. Untuk ke stesen minyak PETRONAS SG KOYAN, terus ke depan sket lepas jumpa simpang pos betau tu. Nanti patah balik masuk simpang tuh. Sampai ke ULU RINGLET, nanti ada simpang 3 & papan tanda, ikut ke arah BRINCHANG & TANAH RATA. Maka anda telah sampai ke CAMERON HIGHLAND!!. Kat simpang 3 ni pon ada stesen minyak, kalau tak silap BHP Petrol. Keseluruhan perjalanan daripada Tol Gombak ke RINGLET mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Jangan memandu terlalu laju, rugi!! & bahaya. 1. Anda akan melalui kawasan Felda Lurah Bilut (penempatan FELDA pertama di MALAYSIA- juga telah difilemkan, pelakon utama : Rosyam Noor) 2. Isi minyak sebelum masuk simpang sg.koyan-pos betau 3. Jika ini kali pertama anda melalui jalan ni, elakkan perjalanan waktu malam / gelap sebab kebanyakan kawasan tiada lampu jalan. 4. Tanda Laluan : TOL GOMBAK - GENTING SEMPAH - BENTONG - RAUB - SUNGAI KOYAN - POS BETAU - RINGLET - TANAH RATA - BRINCHANG 5. Bagi kakitangan/pesara kerajaan, boleh menempah penginapan yang murah di Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda sungai koyan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |