{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Lawat <b>Felda Jengka</b>

Posted: 24 Feb 2011 03:12 PM PST

MARAN 24 Feb. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis pecah tanah secara maya kilang biomass di Tanah Rancangan Felda Jengka 9 dekat sini ketika beliau melawat Felda Jengka 23, Ahad ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, upacara itu dilakukan sempena lawatan Perdana Menteri ke tiga tanah rancangan iaitu Felda Jengka 22, Felda Jengka 23 dan Felda Jengka 25 di sini.

Menurut beliau, pembukaan kilang yang menggunakan bioteknologi tersebut bagi menjana kuasa elektrik, merupakan kerjasama antara Felda dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, kilang tersebut apabila siap nanti akan menggunakan tandan sawit yang telah diproses untuk dijadikan bahan bakar seterusnya membekalkan tenaga elektrik sebanyak 12 megawat kepada para penduduk di Wilayah Jengka yang mempunyai 37 tanah rancangan di sini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Online - Jambatan Kuala Krau Ubah Landskap Penduduk

Posted: 25 Feb 2011 03:33 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Jambatan Kuala Krau Ubah Landskap Penduduk

KUALA KRAU 25 Feb. – Pembinaan Jambatan Kuala Krau yang bernilai RM61 juta di sini memberi kesan positif kepada pembangunan dan ekonomi masyarakat kawasan itu khususnya di luar bandar.

Jambatan yang dirasmikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun lalu membawa manfaat kepada peneroka Felda, kampung tradisional dan Orang Asli.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembinaan jambatan sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu memberi nafas baru dalam kegiatan sosioekonomi dan prasarana di kawasan tersebut.

Menurutnya, kemudahan itu memendekkan laluan antara Temerloh-Jerantut dan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Jengka kepada kira-kira 20 minit berbanding sejam sebelum ini.

"Pembukaan jambatan tersebut memberi kemudahan perhubungan kepada lebih 60,000 penduduk di kawasan ini termasuk warga Felda Tiga Segi Jengka, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, jambatan itu bakal menjadi pemangkin yang mengubah landskap pembangunan di kawasan itu, di samping memendekkan perjalanan orang ramai untuk ke Temerloh, Jerantut dan Bandar Jengka.

Jelasnya, rakyat di dalam Parlimen Kuala Krau terharu dengan keprihatinan Sultan Pahang yang mencetuskan idea pembinaan jambatan itu dan ia menjadi kenyataan dalam tempoh singkat.

"Rakyat sangat terharu dengan keprihatinan baginda terhadap kemajuan projek itu sehingga baginda sanggup mencemar duli melihat sendiri pembinaannya sehingga boleh digunakan oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata, jambatan itu mula dibina pada Ogos 2007 dan siap mengikut jadual iaitu Februari tahun lalu.

Dalam pada itu, Ketua Peneroka Jengka 23, Sulaiman Bakar,58, berkata, jambatan itu membuktikan aspek pembangunan kepada penduduk mendapat perhatian kerajaan.

Katanya, jambatan empat lorong itu bakal menjadi mercu tanda bagi kawasan Parlimen Kuala Krau iaitu selaku Parlimen baru di negeri itu.

Dia mengakui jambatan itu menjadi pemangkin terhadap kepesatan pembangunan ekonomi, sosial dan kegiatan lain di kalangan penduduk setempat.

"Penduduk sangat gembira dengan kewujudan jambatan Kuala Krau kerana secara langsung pembangunan di sekitarnya turut membangun dengan pesat sejak kebelakangan ini," katanya.

Ketua Peneroka Felda Jengka 25, Rosli Yahya, 58, berkata, penduduk amat bersyukur kerana impian rakyat menikmati kemudahan itu menjadi kenyataan.

"Ini kerana, impian yang bermain pada fikiran penduduk menjadi kenyataan, sekali gus membuktikan kerajaan serius terhadap pelaksanaan kemudahan awam," katanya.

Menurutnya, secara langsung, dengan adanya jambatan Kuala Krau itu telah merancakkan lagi program homestay yang diusahakan penduduk Felda Jengka 25.

Pada masa sama, katanya, beberapa perkampungan tradisional di kawasan itu seperti Kampung Sekoh, Teluk Sentang, Kampung Pulau Raya dan Kampung Tanjung Jahar turut merasai kesan positif kewujudan jambatan tersebut.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat