{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ulu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ulu - Google Blog Search


Kemalangan di <b>Felda Ulu</b> Tebrau

Posted: 20 Feb 2011 09:12 PM PST

Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah perjuangan, Esok..bukanlah satu kepastian. - Madah Pujanga

Menyintai bukan bererti memiliki, Memiliki bukan bermakna menakluki, CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran. - Madah Pujangga

Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan. - Madah Pujangga

Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau, sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah Pulau Impian. - Madah Pujangga

Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak. - Madah Pujangga

Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan. - Madah Pujangga

Ramai orang lebih mengenali orang lain, Tapi...tidak mengenali diri sendiri. Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri. - Madah Pujangga

Kalau inginkan kesejahteraan setahun... tanamlah benih. Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun... tanamlah pokok Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun... Maka..didiklah manusia - Madah Pujangga

Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita, tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting untuk kesejahteraan. - Madah Pujangga

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan bertemu landasan yang tepat. - Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada orang yang leka. - Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan tujuan. - Benjamin Disraeli

Tingkatkan diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. - I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam tindakannya. -Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengharunginya. - Albert Camus

Sesiapa yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah ketika kegagalan itu berlaku dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang payah. - Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze

Kegagalan adalah asas kejayaan, dan kaedah bagaimana kejayaan dicapai. - Lao Tze

Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze

Kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kebolehan. -Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. - Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu melakukan sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. - Confucius

Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi. -Confucius

Yang penting ialah berada di landasan yang betul, selepas itu jika terdapat kesilapan pun mudahlah diperbetulkan. Jika berada di landasan yang salah, bagaimana betul pun tindakan itu, tetap tidak berjaya. - Dr. Zainal Abidin

Insan yang memberitahu anda bahawa sesuatu itu tidak boleh dilakukan, dalam hampir semua keadaan adalah orang-orang yang tidak berjaya, mereka biasanya mempunyai pencapaian yang purata atau kecil sahaja. - Dr. Schwartz

Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan. Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya. - Rich Port

Semua orang berikrar untuk merubah dunia tetapi tidak ada seorang yang berfikir untuk mengubah diri sendiri.- Dr. Shukri Abdullah

Bersikap rendah diri, seolah-olah seseorang itu mencapai kebijaksanaan. Bersikap lebih rendah lagi, apabila kebijaksanaan itu telah dicapainya. - Helena Petrova Blavatsky

Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang lalai. Oleh itu, berilah mereka peringatan.Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkan mereka.Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang jahil. Oleh itu ajarlah mereka.Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang berilmu. Oleh itu ikutilah mereka. - Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi

Insan yang tidak takut itu berjaya dalam apa saja yang dia lakukan. - Napoleon Hill

Manusia itu adalah banduan kepada segala perkara yang dimilikkinya. - Anwar Sadat

Keraguan yang mendalam mencerminkan kebijaksanaan yang mendalam, keraguan yang kecil mencerminkan kebijaksanaan yang cetek. -Dr. Shukri Abdullah

Dipetik dari : http://aleasmktd08.blogspot.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar