{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


Bersama ayah @ Reunion al-Ulum | Coretan Madihah & Majidah

Posted: 28 Feb 2011 04:27 PM PST

Kenangan bersama

Apa yang dirancang dengan berkat kerjasama pastinya akan berhasil kejayaan. Inilah yang berlaku kepada sahabat-sahabat ayah. Facebook telah menemukan ayah bersama sahabat-sahabat lamanya ketika menuntut di SMA al-Ulum as-Shareiyah, Batu 20, Bagan Datoh. Bermulanya idea seawal bulan September 2010 lalu, ayah telah mengatur pertemuan maya , meeting alaf baru menerusi FB. Hari ke hari saban masa mereka bersama telah mencipta sejarah untuk bertemu setelah hampir 16-17 tahun tidak ketemui.

Kami sekeluarga seringkali dapat melihat ayah bila pulang dari sekolah, maka laptop adalah temannya untuk meninjau perbincangan bagi setiap apa yang dirancangkan. Hasiln

ya pada 26-27 Febuari 2011 , maka pertemuan tersebut direalisasikan. Namun kami sekeluarga merancang untuk pergi bersama akhirnya tidak kesampaian. Berat dirasakan oleh ayah bilamana terpaksa meninggalkan saya dan umi tercinta atas faktor kesihatan umi. Ayah bersama adik Majidah hadir bersama sahabat-sahabat ayah ke Felda Residence Trolak.

Diceritakan semuala oleh adik, bermula dengan sesi penyembelihan dan melapah kambing di Rumah auntie Aza Sg Kerang. Mereka berkerjasama memastikan kambing yang menjadi santapan ketika bbq malam nanti sedap. Bagi sahabat ayah yang lain, mereka berkumpul dan membanting tulang ke Felda Trolak Timur untuk menyiang ikan pula.


Suasana menjadi riuh rendah bilamana sahabat-sahabat ayah berkumpul dan anak-anak mereka masing-masing menunjukkan bakat. Adik Majidah pun tak kurang hebatnya, sifat adik yang rapat, mudah didekati maka sekejap sahaja dah dapat kawan baru.

Malam harinya , mereka berkonvoi menuju Felda Trolak Timur kira-kira 20km dari lokasi penginapan. Teratak Bonda auntie Tini menjadi sasaran. Acara dimulakan dengan Tahlil ringkas dan doa selamat diketuai oleh ayah kami sendiri. Seterusnya sesi bakar membakar (bbq) hidangan utama ialah kambing, ayam, ikan, sosej, jagung dan bebola ikan. Makan sekenyang-kenyang sambil keriuhan bergema hinggakan jiran tempatan menutup rapat pintu rumahnya. Sesi bertukar-tukar hadiah juga diadakan dan ianya menjadi tanda rapatnya ukhuwah yang selama ni terpisah. Pulang ke Felda Residence dengan kekenyang. Alhamdulillah.

Solat Subuh berjemaah bersama penghuni lain disamping mendengar tazkirah tentang 'Topik : Adab Berkerja Suatu Ibadah' disampaikan oleh Ust Halim dari Sungkai. Tapi, sahabat-sahabat ayah yang lain mendengar dan menghayati kuliah tersebut menerusi corong surau. Inilah kecanggihan surau residence tersebut. mmmmm....

Mini sukaneka diadakan setelah sarapan. Pelbagai acara dan hadiah disediakan. Masyallah telatah ibu ayah dapat dipertontonkan oleh anak2 masing. Paling mencuit hati ialah acara bungkus mayat hidup. Tengok gambar terasa nak guling-guling je.Hari ini setelah sukaneka, beberapa sahabat ayah yang lain turut serta bersama untuk bertemu di Hot Spring Sg Klah.

Acara 'Bungkus Mayat Hidup'

'Menjejak Ukhwah Hadirnya Barakah'

Laman FB menjadi lokasi tumpuan setelah mengakhiri program , dengan mengabadikan memori 2 hari tersebut. Komen dan senda gurau yang menjadi pengikat ukhuwah bersama dapat sedikit sebanyak menghilangkan tekanan kerja ayah dan sahabat2nya yang sememangnya antara insan-insan yang sibuk dalam jadual seharian mereka. Insyallah nextime, saya dan umi tidak akan terlepas lagi program ayah seumpama ini.Makan tengahari dan enjoys mandi manda bersama di hot spring menjadi acara terakhir pertemuan ini.

Terima kasih ayah yang sudi berikan hadiah untuk kakak , suatu hadiah yang tidak pernah disangkakan. Walaupun suatu ketika dulu , ayah memang berjanji untuk saya memilikinya. Ayah yang memang minat dengan semua jenis RC, memiliki Heli T-Rex250 RC hebat kini untuk kami 4wd RC Drift Car. Inilah ayah kami bilamana keluar rumah kursus, bengkel dan program lama, maka pulangnya pasti mengingatkan dengan sesuatu untuk kami sekeluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OpEn DaY KaB.....bersedarhana & bersyukur

Posted: 28 Feb 2011 09:44 AM PST

Ting tong!!!!! Salam, aq nasz......aq ada ssuatu yg ingin dikongsi dgn kore kat cni, mggu lepas aq bz sgt dgn Open Day Kolej Aminuddin BAki (KAB) kolej kesayangan ku 2 (aq sygkan fatien najwa ag dari kolej ni....hehehehehe) fatien najwa merupakan ore ketiga terpenting dlm hidup aq, dia merupakan semangat aq.....haaaa, lupa plk pasal Open Day KAB, Pesta Ilmu KAB berlangsung selama 4 hari bermula 24/2 sehingga 27/2....pelbagai aktiviti yang berlangsung di KAB, tugas aq mcm biasa tugas keramat yang selalu dipikul di bahu ku iaitu PERSIAPAN TEMPAT.....hahahahahaha, kali ni tugas aq berat ckit lah dari biasa cz ramai ore luar yang akan datang ke KAB untuk mengenali KAB dgn lebih dekat ag.....dalam tugas aq ni, aq dibantu oleh abg pa'an (big boss), ilah (boss no2), asyraf, zulfendi, jong, fendi, dayah, kak nora, cosma, amy, raihan & azhar........kami semua bertugas dalam satu angkatan bela tentera semut merah (persiapan tempat lah 2.....) selama 4 ari bekerja bersama dgn dore semua, aq belajar sesuatu.....dulu sbelum open day ni...masing2 mcm malu2 jer klu bercakap 2, alhamdulillah dalam gerak kerja dan semasa aktiviti ni berjalan masing2 dah ble bercakap tnpa malu2 tu....2 yg kte nak...supaya kte biasa dgn ore sekililing kte bagi memudahkan kije kte ni.....x lupa gak, bini aq fatin najwa bt abd rahman....dia byk memberi aq semangat dlm mngekalkan tahap kesabaran aq, byk menasihati aq supaya rest, makan, & semua lah.....yg plg aq x lupa dia memahami kije aq ni, aq bersyukur sgt2 cz dia fhm dgn kije aq ni.....2 3 ari ni aq tgk fatin nmpak pucat jer, aq risau lah dgn keadaan dia 2....dia nak lek umah, nak check....mama & abh pun suruh lek umh 2, check sakit dia 2.....aq risau2 kat dia, aq selalu berdoa kepadaNYA supaya kami semua dijauhkan segala penyakit & permudahkan segala urusan.....mak aq pun suruh lek ni, ya ALLAH....aq xtaw nak ckp mcm mna kat mak, aq harap mak dapat fhm......haaaa, pasal Open Day KAB x abs ag ni kan....hehehehehehe, Open Day kali ni merupakan kali ke 2 aq naik kereta drif bersama pakar2 drif dari KL Drif...hehehehehe, kali ni aq naik skyline boh!!!!!! smart abs lah....hahahahahaha, syoq giler naik skyline 2, 2 merupakan pengalaman pertama aq naik skyline ni, yer lah aq ni bukan nye dilahirkan dalam keluarga yg kaya tp bersyukur ape ada dgn aq, tumpang ore punye naik sat pun jadi lah....lepaskan keinginan 2, aq minat main drif ni....insyaALLAH aq nak cikgu drif suatu ari 6ti.....nantikan kemunculan cikgu ser dalam sukan permotoran drif....hahahahaha, Open Day ni gak aq dpat jd bomba sat, baru aq taw mcm mcm fatien ckp yg bomba ni ssh 2...hehehehehehehe, Open Day ni gak membuatkan aq lesu & beremosi jer selama 4 ari tu....nak wat mcm mna tdo x cukup skmo...hehehehehe, bah kata abg azim jgn bermain dgn emosi 6ti memakan diri.....2 gak yg jd pd aq dgn fatin ari 2, setelah bermeeting secara sulit dgn fatien najwa, dan aq rasa tenang ckit bila bercakap dgn nye, serta melepaskan ssuatu d hati ku yg tersipul mati d hati ku....biaq lah ia menjadi sejarah, dan kami telah m'campaknya ke dasar tasik proton city......biaq tasik proton 2 dipenuhi masalah kami & sebagainya....hehehehehehehehe, haaaaa

 pada ari sabtu 2, aq bersama 4 ag teman perakaunan ku telah menjalankan 1 seminar perakaunan kpd penduduk kg di felda trolak selantan....huhuhuhu, pening rasanye...hehehehehe, biasa lah kte perlu mngajar mak bdk & bapak bdk ni.....tp dgn sabaq aq teruskan gak...utk selesai tugasan ni.....masa ni fatien byk kasi semangat kat aq supaya aq bersemangat mghadapi situasi ni....hehhehehehe, aq respect bini aq 2....x putus2 memberi semangat kat....aq sygkan dia sgt2 dan cinta aq kepada fatin najwa terpatri kemas & ketat d hati ku.......cyg, love u....cyg kna jaga diri leklok taw, ada ape2 gtaw abe k.....abe sygkan cyg.....<3 fatin najwa bt abd rahman

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat