{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Pusat Anak PERMATA Negara <b>Felda Tenggaroh</b> 2, Mersing, Johor <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2011 12:07 AM PST

Khamis, 10 Februari 2011: Papn Tenggaroh telah mengadakan Program Bumi Hijau secara besar-besaran bagi menggalakkan kanak-kanak mengenali jenis sayur-sayuran yang terdapat di negara kita khususnya. Program ini telah dijayakan sepenuhnya oleh para ibubapa yang begitu komited terhadap bidang pembelajaran anak-anak. Ikuti sorotan kami semasa program berlangsung...

Proses mengaut tanah yang telah diambil dari kilang sawit berdekatan untuk dibawa ke tapak semaian bijih benih sayur-sayuran di kawasan belakang Papn.  Proses membersihkan tapak semaian bijih benih.
 
 
 

Program Senam Robik

Untuk makluman semua pihak, Papn Tenggaroh 2 telah menjalankan program senam robik bermula pada bulan Februari. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama warga Permata Tenggaroh 2.



Program ini dijalankan 4 kali sebulan iaitu pada setiap hari Selasa jam 8.00 pagi sehingga jam 8.45pagi. Pihak PIBP Permata Tenggaroh menggunakan tenaga pengajar yang bertauliah dalam bidang erobik ini.
Pihak pengurusan Permata Tenggaroh amat berharap agar program ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.



Program Menabung Bersama Bank Rakyat

Khamis, 10 Februari 2011: Pihak pengurusan Permata Tenggaroh 2 dengan kerjasama PIBP Permata Tenggaroh 2 telah bersetuju untuk mengadakan program menabung di kalangan anak-anak Permata seawal usia 1 tahun melalui Akaun Simpanan Nuri, Bank Rakyat Cawangan Mersing, Johor. Para ibubapa juga telah diberi taklimat berkenaan proses menabung pada hari berkenaan.






Penglibatan Ibubapa

Bermula pada bulan Februari 2011, pihak pengurusan Papn Tenggaroh 2 mewajibkan ibubapa untuk melakukan penglibatan bersama anak-anak PERMATA. Antara aktiviti penglibatan yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak adalah i) Bermain dengan kanak-kanak ii) Menyelia kanak-kanak semasa bermain luar iii) Membantu kanak-kanak melakukan aktiviti pendidikan iv) Memberi makan, memandikan, membaca, bercerita, memasak, membasuh dan sebagainya.



 Aktiviti menanam biji benih (4 tahun)- bersama ibu kanak-kanak 1-2 tahun (Pn Rohani bt Eiem)
 Aktiviti Mengenal Huruf Alif, Ba, Ta....untuk kanak-kanak 2-3 tahun oleh ibu kanak-kanak 1-2 tahun

 Bermain bersama kanak-kanak



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar