Felda jelai - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda jelai - Google Blog Search |
Bicara Seorang Pengetua: Perasmian Kedai Roti dan Kek SMK <b>Jelai Felda</b> Posted: 20 Feb 2011 12:13 AM PST PPKI SMK Jelai Felda mengorak langkah mengadakan inovasi bagi tahun 2011 dengan membuka Kedai Kek dan Roti di bangunan PPKI. Kedai Roti ini adalah lanjutan daripada inovasi 2010 yang lalu , iaitu menternak ikan sembilang. Bagi Kedai Kek dan Roti PPKI ini , ia mempunyai tujuan utama iaitu: 1. Memberikan latihan dan pendedahan keusahawan kepada pelajar PPKI dalam bidang 2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas pelajar PPKI untuk mendapatkan wang Kedai Kek dan Roti ini bermula pada awal tahun ini dengan pembelian oven, mixer dan alatan asas pembuatan roti dengan dibantu oleh PIBG. Ia dijalankan secara sambilan ketika waktu lapang dan petang oleh guru, kaki tangan dan pelajar PPKI. Setakat ini hasil jualan masil dalam skil yang kecil kerana kekurangan oven yang Harga julan adalah murah berbanding harga pasaran di pasar-pasaraya. Buat masa ini respon daripada pelanggan amat memuaskan dan rata-rata menyatakan roti dan kerk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan sedap. Kedai Kek dan Roti ini sedia menerima tempahan dan boleh dirujuk melalui laman blog mereka yang boleh didapati di pautan blog pengetua ini. Pada 11 Febuari 2011 yang lalu, Kedai Kek dan Roti ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia dirasmikan penubuhannya oleh YB Dato Hjh Zainab Hj. Nasir , EXCO Kerajaan Negeri yang turut dihadiri oleh Tuan PPD Tampin, Pengurus Wilayah Felda Raja Alias dan KPP Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Ustaz Zakaria Hitam serta para tetamu lain. Tahniah , khusu buat Pn. Saniah, selaku penyelaras PPKI dan semua yang terlibat. ANDA SEMUA MEMANG HEBAT ! |
You are subscribed to email updates from Felda jelai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |