felda lurah bilut - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lurah bilut - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Jangan terpengaruh janji pembangkang Posted: 27 Feb 2011 03:04 PM PST KUALA KRAU 27 Feb. – Masyarakat peneroka diingatkan supaya tidak terpengaruh janji pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan nasib mereka tetapi sebaliknya ia adalah atas kepentingan politik sahaja. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ada segelintir pemimpin pembangkang yang gemar berjanji kepada peneroka tetapi tidak dapat melaksanakannya. Menurut beliau, setiap kali pilihan raya kecil diadakan, kalangan pemimpin terbabit menabur janji bagi tujuan meraih undi tetapi apabila tewas mereka pergi begitu sahaja. "Jangan gadaikan maruah dan kepentingan diri hanya kerana terpedaya dengan janji manis pihak pembangkang sedangkan warga Felda telah banyak menikmati pembangunan," katanya selepas menutup program Gerak Mesra 1Felda di Felda Jengka 23, di sini kelmarin. Mohd. Isa berkata, Felda mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada warganya dan ia membuktikan masyarakat di tanah rancangan tidak memerlukan pihak pembangkang di kawasan mereka. Beliau memberitahu, pembukaan Felda yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah bertujuan menyediakan tapak pemilikan hartanah di kalangan orang Melayu. Jelasnya, melalui pembukaan tanah rancangan yang dimulakan di Felda Lurah Bilut, Bentong aset orang Melayu semakin bertambah berbanding sebelum agensi itu diwujudkan. "Apabila Felda diwujudkan kira-kira sejuta hektar tanah dimajukan dengan tanaman getah, sawit dan tebu membabitkan bilangan 112,636 peneroka daripada 11 Wilayah Felda di seluruh negara," katanya. Tambahnya, orang Melayu tidak mungkin lupa bahawa banyak tanah diambil oleh syarikat asing untuk dijadikan ladang sawit dan getah serta mengambil pekerja tempatan bekerja dengan mereka. Bagaimanapun katanya, apabila ia diambil oleh syarikat milik kerajaan (GLC) dan korporat, kehidupan pekerja ladang terbabit berubah berikutan hasil pendapatan yang meningkat dan mampu menampung kehidupan keluarga. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from felda lurah bilut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |