{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda jelai - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda jelai - Google Blog Search


AHLAN WASAHLAN: SEJARAH 'baru' TERCIPTA

Posted: 27 Feb 2011 05:08 PM PST

Assalamualaikum,dan salam sejahtera kepada tuan-tuan,rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian.Bersama kita merenung sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah,moga-moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang beruntung,insyaAllah. Panjatkanlah sebanyaknya selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W. di kala pagi dan petang,dikala manusia sibuk dengan kelalaian mereka,kita tampil menjadi insan yang benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah,kita bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang melimpah ruah dari segi makanan,pakaian dan tempat tinggal,semua nikmat tidaklah diberikan melainkan perlunya kita mensyukuri dengan sebenar-benar kesyukuran iaitu MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANG.

Sekadar perkongsian kelmarin,saya sempat menghadiri majlis 'persandingan' beberapa orang guru Maahad Ahmadi yang mana bekas guru yang pernah mengajar saya ketika di sekolah menengah dahulu.Majlis yang meriah,gilang gemilang dengan persembahan silat,nasyid,caklempong dan sebagainya.Moga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada mereka.Tujuan saya hadir hanyalah sekadar meraikan majlis guru saya,yang pernah mencurah khidmat bakti kepada saya sepanjang saya di bangku sekolah.Namun sedikit kemusykilan saya berhubung majlis ini,iaitu saya melihat adanya karaoke yang tersedia untuk menghiburkan tetamu yang hadir.Oleh hal yang demikian,tercetus satu persoalan di benak fikiran saya,"mengapa dijemput DJ tersebut" dan "apa faedahnya DJ tersebut dengan majlis ini?"

Bukab niat ingin mengkritik ,cuma ingin mengajak sama-sama berfikir,sejauh mana kepentingannya dalam majlis sebegini.Bagi saya,tiadalah ada manfaatnya melainkan sengaja kita menyamakan taraf kita dengan orang yang yang jahil di luar sana.Hal ini kerana mereka,apabila tiba waktu perkahwinan,mereka akan memasang lagu-lagu yang lagho bersama muzik-muzik yang tak sepatutnya.Jadi apa beza kita dengan mereka,kita orang yang belajar agama,hukum hakam dan mereka yang di luar sana kebanyakannya orang 'awwam atau mereka yang tidak mendalami dalam bab permasalahan agama.Seandainya mereka menghadiri majlis persandingan ini,sudah tentu mereka akan menyangka bahawa dengan menjemput DJ ini adalah satu perkara yang 'terpuji'.

Saya dari benak hati saya,begitu membenci sekiranya ada selingan-selingan lagu-lagu lagho.dalam majlis sebegini.Seperti, 'cek mek molek,lombu patah tandok' (lebih kurang camtu bunyiknya).Bagi anda,apa ke jadahnya lagu sedemikian diperdengarkan kepada tetamu yang hadir?Adakah ianya akan mendatangkan keberkatan atau akan berkumpulnya para malaikat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi?

Tuan-tuan dan sahabat-sahabat sekalian,

Jujur saya menyatakan bahawa di tempat tinggal saya Felda Jelai,dan saya yakin di mana-mana sahaja masyarakatnya amat menggemari perkara ini.Jadi bagaimana kita ingin menghapuskan pekara ini?tuan-tuan fikirlah sendiri mane yang terbaik.Saya dah tak mampu nak syarahkan perihal ini.Masing-masing ada aqal,boleh fikir dan renung.Kita memiliki ilmu,manfaatkanlah sebaiknya dan kepada pelajar Azhar,khususnya sahabat-sahabat ana(yang lain terpulang)merenung dan gunakanlah ilmu dengan sebaiknya.Orang sentiasa memandang dan menilai dan mungkin juga sentiasa mencari kesalahan yang kita buat.Maka jaga akhlak anda sebaiknya.

Cuba kita kaji,sama-sama kita nilai, masalah-masalah sebegini jarang ditegur,dikritik yang ternyata bid'ah dholalahnya,sebab tak pernah nabi bersanding menayangkan isterinya kepada sahabat.Apatah lagi dengan lagu-lagu yang lagi bid'ah dholalahnya yang langsung tiada seruan mengajak kebaikan.Tetapi kalau bab selawat tafrijiyyah ke,yang pernah mencetuskan kontroversi tu,selawat shifa' ke,wah.....bukan main lagi mereka mengkritik.Sesat dan sebagainya
Mereka pun keluarkanlah segala hujah-hujah yang pernah dipelajari dan dihafal dulu.Nah..!apa maksud semua ini.?Mengapa yang ternyata bid'ah tak ditegur akan tetapi perkara-perkara yang ternyata baik dan terpuji(seperti selawat shifa')yang telah lama diamalkan oleh para ulama' tersohor,dikritik ade unsur syirik dan sebagainya.Anda nilailah sendiri.....

Kesimpulannya,sya berpesan kepada mana-mana sahabat atau tuan-tuan yang ingin menjemput saya ke majlis-majlis sebegini,seeloknya jangan wujudkan DJ tu,lagu-lagu itu semua tinggalkan.Jangan sampai kecik hati sok,kalau bila dah dijemput tapi tak datang.Saya tak peduli dengan kecik hati itu semua,bila hak Rasulullah orang perlekehkan tiada usaha yang lebih bagus melainkan perangi saja orang tersebut.Rasulullah bermati-matian pertahankan islam,sampai dilempar najis,berdarah-darah ,kita senang-senang membelakangkan sunnahnya. Setiap kali lepas solat, Rasulullah tak pernah lupa untuk mendoakan umatnya,tapi kita heboh nak halang orang selawat.Manusia jenis apapun saya tak tahu...Baiklah tuan-tuan,semakin panjang saya menulis,semakin sakit hati saya memikirkan perkara .Cukuplah sekadar ini sahaja,moga Allah mengampunkan saya seandainya usaha saya ini dicemari dengan hawa nafsu.Wallahu a'lam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat