Felda raja alias - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda raja alias - Google Blog Search |
Tanah Dalam Rancangan <b>Felda</b> Adalah Milik Peneroka Posted: 03 Feb 2011 08:31 PM PST Keputusan Mahkamah Tinggi Seremban di dalam Kes Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd lawan 28 orang peneroka Felda Raja Alias 2, Jempol, Negeri Sembilan memperjelaskan bahawa tanah di alam Rancangan Felda adalah hakmilik Peneroka dan bukan hakmilik Felda. Perbicaraan kes ini didengar di hadapan Hakim Rosnaini Saub pada 10 Januari 2011 dan diputuskan pada 28 Januari 2011 di dalam Kamar Hakim. Seramai 225 orang peneroka Felda di Felda Raja Alias 2 terlibat untuk menebang pokok getah yang sudah tua untuk ditanam semula. Felda telah melantik kontraktor utamanya Koperasi Serbaguna Felda Serting Dua Bhd untuk menjalankan kerja menebang dan menjualkan kayu getah dan Felda berhajat untuk menjalankan kerja tanam semula getah di Felda Serting 2 (nama yang lebih popular adalah Felda Raja Alias 2). Peneroka telah diberikan harga jualan kayu getah itu sebanyak RM28,000. Seramai 28 orang peneroka tidak bersetuju dengan jumlah harga kayu itu dan tidak bersetuju ladang mereka diserah kepada Felda untuk menjalankan kerjatanam semula bagi pihak mereka, dan mereka telah memohon kepada Felda untuk menjalankan kerja penebangan dan penjualan kayu secara bersendirian dan seterusnya menanam semula juga secara bersendirian. Felda telah mengeluarkan surat perlepasan kepada 28 orang peneroka tersebut kerana mereka telah berjaya menyelesaikan segala hutang kepada Felda dan membayar wang deposit untuk penggunaan jalan pertanian di dalam rancangan itu seperti yang dituntut oleh Felda. 28 peneroka itu telah berunding dengan sebuah syarikat kontraktor untuk menjalankan kerja penebangan kayu getah dan seterusnya menjualkan kayu itu dan mereka telah ditawarkan sebanyak RM35,000 (iaitu RM7,000 lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh kontraktor yang mewakili Felda). Apabila kontraktor peneroka mula menjalankan kerja penebangan, mereka telah diarah dan dihalang dengan perintah injunksi sementara oleh Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd iaitu sub-sub-kontraktor kepada Koperasi Serbaguna Felda Serting 2 Berhad (kontraktor pihak Felda). Perintah injunksi intrim itu diperolehi oleh Huat Hing Rubberwood Bhd secara ex-parte pada 30 Januari 2010, dan pendengaran inter-partes dibuat di dalam Kamar Hakim pada 10 Januari 2011 dan diputuskan pada 28 Januari 2011. Dari segi luarannya, kes ini hanyalah kes sivil tuntutan biasa sahaja, tetapi sebenarnya implikasi kepada kes ini amat meluas dan boleh menjejaskan kedudukan peneroka Felda vis-a-vis hakmilik mereka kepada ladang mereka di tanah rancangan Felda. Di dalam affidavit yang diikrarkan oleh Penasihat Undang-Undang Felda dinyatakan bahawa tanah di dalam Rancangan Felda yang masih belum menerima Suratan Hakmilik (Geran) adalah tanah kepunyaan Felda dan Felda berhak melakukan apa-apa sesuatu melibatkan tanah tersebut. Keputusan Mahkamah mendapati bahawa peneroka tersebut adalah mempunyai hak ke atas tanah ladang mereka walaupun belum dikeluarkan geran tanah kepada mereka, meeka mempunyai "legitimate expectation of being made a registered owner of their respective plots of land and Felda has a duty to apply or request the State Government to do so." (mereka mempunyai ekspektasi yang sah untuk didaftarkan sebagai pemilik keatas plot-plot tanah itu dan Felda bertanggungjawab untuk memohon kepada Kerajan Negeri untuk berbuat demikian). Dengan keputusan ini, Felda tidak lagi boleh berdolak-dalih untuk melewat-lewatkan permohonan geran kepada Kerajaan Negeri supaya geran tanah kepada peneroka yang telah menjelaskan bayaran hutang kepada Felda. Amalan Felda pada hari ini adalah sengaja melewat-lewatkan tindakan permohonan geran kepada Kerajaan Negeri dan dengan kelewatan peneroka mendapatkan geran tanah diambil peluang oleh Felda untuk mengujudkan perjanjian tambahan di antara Felda dan peneroka dengan syarat dan terma yang sangat berat sebelah memaksa kepada peneroka menyerahkan tanah ladang mereka kepada Felda untuk ditanam semula. Peneroka sudah jenuh membayar hutang mereka kepada Felda untuk mendapatkan geran dan tidak mahu dibebankan dengan hutang baru yang tidak munasabah. Terdapat kini peneroka yang tanam sendiri terpaksa menanggung hutang hingga RM100,000 sedangkan mereka hanya diberikan elaun sara hidup sebanyakRM1,500 yang dikirakan juga sebagai hutang. Mereka membuat perbandingan dengan peneroka yang menanam sendiri yang bukan sahaja bebas hutang tetapi mendapat pendapatan jauh lebih tinggi daripada peneroka yang menanam melalui Felda, dan diwaktu harga getah dan sawit yang begitu tinggi sekarang ini, penderoka bersendirian boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan berbanding dengan Peneroka-Peneroka melalui Felda yang hanya mendapat RM1,500 sebulan. Di dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa peneroka itu bukanlah 'penceroboh' dan mereka itu mempunyai hakmilik benefisial ke atas ladang mereka. |
You are subscribed to email updates from Felda raja alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |