felda tembangau - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tembangau - Google Blog Search |
Pengurus <b>Felda</b> 'ugut' peneroka sebelum terima wang BIPP Posted: 11 Jan 2011 11:12 PM PST BERA 12 Jan: Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan 'mengugut' peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju. Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (PIPP) oleh Felda – terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang. Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan. Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas. Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah. "Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP. "Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka," katanya. Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian. Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka Felda yang telah menjualkan hasil ke kilang agensi berkenaan bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang. |
You are subscribed to email updates from felda tembangau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |