{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Salam Takziah

Posted: 25 Feb 2011 06:37 PM PST

Pagi tadi bangun tidur dikejutkan dengan berita sedih. Ita @ Ummi @ nama sebenarnya Noorzalita Rusmani sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Jementah. Mereka dalam perjalanan balik kampung di Felda Keratong. Dimaklumkan Ita kini dalam keadaan kritikal, suaminya parah tapi 2 org anak lelakinya telah kembali ke rahmatullah, Farhan 5 tahun, bby 5 bln kalau tak silap.

Kereta mereka bertembung dengan lori, 2pg tadi. Malam tadi hati macam tak tentu arah, dah 1 lebih pagi mata susah nak tidur, pukul 2 lebih baru tertidur agaknya. Rupanya ada berita sedih. Masih ingat lagi Ita lepas tempah kek utk suaminya bln lepas seperti berhasrat nak tempah kek utk anaknya pula bulan 3 ni. Tapi kita hanya merancang, tuhan jua yang menentukan.

Masih teringat & terbayang wajah Farhan masa sama2 ke Pulau Redang dulu. Ita belikan ultraman, mandi laut, naik bot....makan. Semua tu kenangan.
Semoga Ita & family tabah, sabar dengan ujian besar Allah.

Marilah kita sama2 doakan Ita & suaminya sembuh, pulih seperti biasa. Al-Fatihah kita hadiahkan kepada anak2 mereka.

Masih terkejut dengan berita sedih ni. Hb, boss & kawan2 lain skrg ke Hospital JB sebab Ita dirawat di sana. Kita tunggu saje berita selanjutnya nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar