felda keratong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda keratong - Google Blog Search |
Bantuan banjir di <b>Felda Keratong</b> 2 Kg Orang Asli Posted: 06 Feb 2011 12:00 AM PST Bersama wataniah dari 3-5 feb 2011 Alhamdulillah, dapat pengalaman baru yang lebih menyeronokkan! Ada hikmah rupanya tak beli tiket balik UMK awal2... huhu... dapat balik kelantan free je dengan bas umk.. kikiki... Anyway, maaf izzati, marliana, lela, nisa and kawan2 yang shahida janji nak gi lepak kat bandar Kuantan.. memang terkilan tak dapat tepati janji tu... dah lama tak jumpa korang... rindu!! huhu.. baru nak suh marliana belanja.. haha.. sebab gaji Palapes dia lagi tinggi dari Wataniah... haha... Pagi tu memang kelam-kabut la sebab ada makan2 family ckit kat rumah batu hitam. Tiba2 Along pulak ngajuk dengan mak, tak nak jumpa Shahida sebelum balik, berkurung je dalam bilik. Along, remember: Kami sayang Along! Sayang sangat2. Walau apa pun terjadi, kita orang tetap sokong Along dari belakang tau! Angah sedih je Along tak kuar jumpa Angah sebelum balik... :-( Jam 9.30 bas UMK dah bertolak dari Pengkalan Chepa, budget2 dalam otak, pukul 4 diorang dah sampai kat Beserah. Hmm, message terakhir Ayu: dalam 40 minit lagi kami sampai. Waktu tu jam 3.20 something... Hmm, call Ayu, dia cakap bas dah kat Chenih. Chenih? Aisey, diorang lalu ikut highway.. camne ni.. betul ke 40 minit lagi? Mak De cakap jauh lagi... Barang dah siap, Jojo tibe2 nangis tak cukup tidur. Tak sempat nak cium Jojo.. Tengah cakap2 dengan Mak Andak masa pujuk Jojo. "Mu gi pukul berapa" "Ntah, jap lagi .." congak-congak dalam otak, tadi pukul 4.2+ petang, campur 40.. eh, pukul 4.++ la sampai ni.. sekarang dah 4.06 petang, alamak! Tiba2 Ayu call.. "Shahida dah sampai ke?" tanya Ayu. "E'eh, tak lagi, kat rumah. Korang dah sampai ke? Sorry2, jap lagi Shahida sampai." Alamak, kelam-kabut gayanya salam ibu-ibu saudaraku... Pak Wang, jom! hihihi, nasib Pak Wang ada nak tolong antar tepi jalan tu. Then sampai depan Balai Polis Beserah, tempat yang dijanjikan. Eh, mana Ayu ni.. cakap dah sampai. "5 minit lagi kami sampai." kata Ayu bila Shahida call. Fuh, Alhamdulillah. Ingatkan diorang dah tunggu.. malunya kalau camtu.. dah la berjemput.. hihi.. Then, dalam 5 minit tu jugakla bas UMK sampai. Dengan beg tarik besar, 1 kotak dan 1 beg laptop. Fuh, gilez malu.. "Besarnya beg.." kata pak cik bas sambil buka tempat simpan beg. "hehe.. ringan je pak cik. Hari tu banyak bawak balik barang.." sambil sengih kambing Shahida maklumkan pak cik tu.. hi hi hi.. segan saya! Perjalanan diteruskan sampailah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan. "Aik, kenapa lain je... Oh, ni UMP Pekan ke? Ingatkan UMP Gambang. Patut la rasa lain.." hihihi.. orang Pahang pun tak tau.. satu lagi.. Tengok screen Handset: Kuala Pahang "La, sini ke Kuala Pahang? Ingatkan Kuala Pahang kat Gambang.." At least tahu la jugak location UMP2 ni berada kan..hehe... Maghrib, lepas solat jamak, kami gotong-royong masak.. Fuh.. sedap ayam goreng yang kitorang cuci.. hihi... tapi... telur dadar masin! Kakak Staff tu silap curah garam.. ish2.. Hmm, masin2 camtu pun Shahida telan je sampai licin satu trail plastik tu..hihihi... Patutla tadi.. Pok jat bagi Shahida 2 hirisan telur dadar.. "Eh, kenapa bagi banyak? nanti tak cukup untuk orang lain.. ayam pun ada lagi.." "Takpe.. kang tak habes plok" kata Pok jat. Rupa2nya sebab telur tu masin la dia murah hati sangat nak bagi ish2.. Pembantu Bos ni memang la... Malam selepas makan, kenapa tak boleh tidur ni? Aiseh... pejam. Celik. Pejam. Tak berani buka mata. Celik jugak. Takde apa2 pun. Pejam. Pejam. Tolongla tidur mata... "Shahida..." panggil Ayu.. Oh, Ayu pun tak boleh tidur.. okey la tu, ada geng! hehe.. Tidur la mata. Tidur! tak nak jugak... Sejuknya!!!! Ish, sape bukak kipas ni.. nak kejang kaki jadinya! Nak tutup tak berani.. Tidurla mata.... Pagi. JAM 6.00 pagi.. eh, alarm clock ni tak bunyi pulak dia, nasib terjaga... la, semua budak2 Suksis dah bangun.. Fina, Wana, Kak Mimi pun.. Ayu bangun masa Shahida tengah terpinga2 lagi antara nak sambung tidur lagi atau tak.. hehe.. ngantuk seh mengarah mata tidur malam tu... Mandi... Then, tersebut la Al-kisah malam tadi Kak Mimi kena kacau.. siap main tampar2 lagi pipi orang inchik NATES tu.. Huh, tidur berlaga kaki je kami, Alhamdulillah takdek nampak apa2 malam tu. Patut la rasa tak sedap hati.. Ni, maybe sebab malam tadi gaduh2 dengan budak junior Suksis sampai ada 'benda' datang kacau. Cis! Awal2 lagi budak2 Suksis ni duduk setempat dalam surau belah kiri masa kami dapat penempatan. Kami geng2 Wataniah pun tak kisah la, pergi je belah kanan. Langsir tengah2 tu ada, terbuka antara 2 bahagian. Okey, tak kisah.. suka hati korang la nak berhimpit kat situ ramai-ramai.. Kami mandi, masuk je langsir tu dah jadi gap pulak antara 2 bahagian surau. Bengang kawan2 ku. Yelah, datang dari satu Universiti, takkan lah duduk satu surau pun nak beza2, nampak sangat ada jurang yang besar. Kita join program biarlah bergaul mengeratkan silaturrahim. Ini tidak, kan bara marah dah naik setingkat. "Awak, bagi nama 3 orang untuk tolong masak" arah seorang junior. "Apa awak2? Kakak!" kata kawan kami. "Eh, kak bagi nama 3 orang untuk tolong bahagian masak esok.." kata si junior membetulkan. "tak payah, ambik je sape2 yang volunteer..." "kalau macam tu, ambik Wataniah 2, Suksis 2 baru adil.." "Tak payah ramai2, esok nak guna ramai orang, diorang nak guna 3, ambik 3 je la.." xghlplx$#% dan segala benda... si junior pun mengalah. Keluar surau, mengadu itu sama bos Suksis dia. Ha ha ha.. Ikut korangla.. isu kecil pun jadi besar ke? Kalau awal2 tanya baik2 sape2 nak volunteer kan senang.. Kak Mimi tutup lampu sebelah kami. "Sekejap la, kawan kami belum masuk lagi." terdengar suara di sebalik langsir sebab keadaan dah jadi gelap gelita. "Biar2.." yela, lampu diorang ada, buka la.. orang nak tidur taktau, dia nak tidur tau pulak. Start dah perang mulut dalam gelap tu. Tau la tak nampak muka kan. Cakap di balik langsir. Tapi ramai jugak la junior yang bukak mulut. Nak cakap kurang ajar, semua sama je tak tahu nak bertolak ansur. Huhuhu.. "La, ada lampu ke kat sini" kata seorang member diaorang. Tau takpe.. Titik. Tu yang start tak boleh nak tidur tu, ish3x.. api2 NateS yang datang meniup menyemarakkan api kebencian. Biarlah. tu cerita malam. Pagi esok, 4 februari kami terus menuju ke destinasi banjir- Keratong 2.. Kg. Orang Asli.. singgah sebentar di penempatan banjir di Dewan Tun Abdul Razak mengambil mangsa2 banjir yang mahu pulang. Yang tinggal hanya 2 buah keluarga. Then, terus ke Kg tersebut. wAH.. hapus kepala tu tahap banjir!! Key, rilek lu, makan2.. *angkat makanan untuk sukarelawan, tak makan mana nak dapat tenaga kan.. *klik2 time makan ^_^ "Encik, kakak tu nak balik" kata Fina pada Pegawai Wataniah UMP, En Anuar. "Oh, okey, Kak nak balik boleh naik kereta tu.." arah inchik Pegawai kita. Apa lagi.. kami pun join tolong angkat barang dari bas. "Nak ikut tak?" tanya inchik staff UMP kepada kami berlima. "Nak2.." "Duduk sini ramai2.." kata Inchik tu pada bahagian belakang Hilux yang terbuka tu.. Apa lagi.. suka sakan la kami.. Shahida, Kak Mimi, Fina, Wana duduk kat belakang.. menikmati pemandangan 'berundur', huhu.. pengalaman yang best! Kat sini rasa macam pergi Kemboja, Indonesia je... Yela, penduduk pun ramai orang asli, anjing2 berkeliaran tak cukup tanah kot.. Anjing2 tu pun bukan kecik2, semua ada gaya anjing polis. Agaknya anjing2 polis tu semua asal sini. hehe.. Eh, Ayu tertinggal.. dia duduk dalam kereta dengan Kakak tadi dengan anknya. Kami ngelat! lepas hantar kakak tu, inchik staff bawak pergi tengok2 kampung kawasan banjir. hihi.. jangan jelez adik2 suksis.. huhu.. "banyaknya tanglung..." musim Chinese New Year kan.. "tahu kenapa banyak tanglung kat sini? sebab orang sini ramai kahwin dengan Cina.." kata inchik staff. "oO.." dan kami pun berborak bla bla bla... "Tengok tu, putih2 je kulit diaorang, comel2 pulak tu" 'Yelah, memang putih2..' "Siap ada tokong" Kesimpulannya, orang asli kat sini dah ramai jadi Buddha la kot. Penduduk Islam hanya minor dan yang lain2nya tak percaya pada agama. "Cuba teliti semula sejarah Malaysia kenapa Cina kahwin dengan orang asli" Fikir2kan.. "Ish, anjing ni duk tengah jalan.." "Takpe.. anjing ni kebal, kalau langgar pun tak mati.." dengan selamba inchik staff berkata. "tak caye tengok" sambung dia sambil menekan minyak. E'eh, nasib baik anjing tu lari.. ada pulak nak langgar anjing, tak pasal2 kena samak. "tahu tak hukum kenapa kena samak?" tanya inchik staff. "kena tengok keadaan anjing tu jugak, kita disuruh samak kalau badan anjing tu basah, ada air liur dia ke.. baru samak! kalau kes kena kejar anjing, kena jilat kat seluar ke, buat apa nak samak kaki, samak jelah seluar. Buang terus je seluar tu, apa susah." sambung inchik lagi sambil gelak2. Kalau camtu, kalau langgar anjing tu, kena darah dia, tak yah samak kereta la, apa susah, buang jelah.. he he he... Then kami dah sampai ke Centre Point tempat berkumpul. Jalan menuju ke Masjid. Bantu mengemas apa yang patut. Lumpur memang dahsyat. Habis satu Masjid. kata Encik Wan, staff UMK, maybe dalam 8 kaki jugak la banjir ni.. Fuh, tengok la tiang Masjid tu.. tinggi woo.. bangunan sebelah dia dah sampai atap. Pusat komuniti wanita, budak2 Suksis yang settle kan. Kami budak2 Wataniah settlekan Masjid. Sapu lumpur. Tadah air. Simbah. Tadah. Simbah. Tadah. Simbah. Memang pekat punya lumpur la... Mimbar pun tenggelam dek air. Karpet2. Sejadah. Telekung. Kapas mayat pun ada. "Eh, apa ni?" tanya Shahida. "Kain kapan".. sendiri jawab. "Shahida, jangan lah sebut.." hi hi hi.. bukan dah guna pun Ayu.. huhuhu.. *Masjid yang sudah siap dibersihkan. Ops, lupa nak amik gambar lumpur sebelum cuci.. hehe.. Akhirnya Settle! Lega walaupun tak dapat cuci semua karpet tu. sekurang2nya Masjid dah boleh guna untuk solat. Yang lain InsyaAllah penduduk akan settlekan. Bergambar bersama pasukan2 kami.. *gambar berlatarkan Masjid yang dibersihkan Akhirnya, kami pulang ke tempat penginapan di UMP. Makanan dah siap. tunggu nak makan je. Sedap!! Ayam masak berbeku, daging masak rempah satay, telur rebus goreng dan sayur kacang. Daging masak kunyit dengan kobis tumis tengahari tadi pun ada lagi. Fuh, terangkat! macam kenduri sekampung je gayanya.. hehe.. Alhamdulilah, kenyang... "Saya bagi masa setengah jam, decide 2 perempuan, 2 lelaki menyanyi.." arah inchik pegawai. 'Ah sudah!' time ni la paling menyampah! Macam dalam kem la pulak, kena paksa nyanyi. Tak nak. Tak nak! Kawan2ku rileks je menghabiskan santapan.. Cool Shahida, cool... biar adik2 je la nyanyi.. jangan diorang balas dendam sudah. Diorang dah volunteer 3 orang masak, lepas ni giliran Wataniah pulak.. Aiseh, risaunya... "Kalau Santi, Hadia ada, mesti diorang beria volunteer," kata Kak Mimi sambil sengih2. "Betul, kalau dekat kem diorang lah.." "Kak Zu pun," tambah Shahida.. hehe.. saya pun tau la pasal geng2 senior wataniah ni.. kan dah join kem latihan akhir tahun hari tu.. "A'ah, Kak Zu.." Basuh pinggan berjemaah akhirnya. Eh, lama lagi ke setengah jam. Lepak la dulu.. "Penguin, adik Pingu" panggil Fina kepada seorang jr Suksis. Ntah camne boleh wujud gelaran tu. Semuanya bermula waktu kami kemas2 surau pada siang tadi. "Kakak Penguin!" balas budak tu.. "Oh, Hazmir.." kata Fina bila terlihat nama pada t-shirt kasual Suksis yang dipakai jr tu. "Hazmir je?" tambah Fina. "Hazmir je." balas Hazmir, budak Sabah dia ni. cakap pun dah ala2 mengingatkan Shahida pada Ernest. "Takdek Abdul ke? Muhammad ke?" tanya Ayu pulak. "Hazmir aje.." degil betul kakak2 ni kan.. hahaha "Sabah tinggal kat mane ya?" "Tawau" "oO.. dulu ada jugak kawan dari sana." "Ish, teringat dekat Ernest!" kata Shahida. "Siapa? 'N' ke? Kenal..." "Ha? macam mana kenal?" Pelik! Ernest dah lama tukar UMS... "An ke? Yang main silap mata tu? Bukan dia." tanya Shahida lagi. Blurr sangat.. kot dia yang silap orang ke. An tu pun budak Sabah kalau tak silap. "Oh, bukan tu.." "N mana ye? Hmm, Ernest dah pindah sem 3 lagi dah..." Cerita berlarutan sampai la si Hazim bukak cerita sejarah... "Jepun tu sebenarnya tak percaya agama-Taoisme kalau tak silap, tapi dia cakap percaya ada tuhan sebab nak menunjukkan dia bertamadun, tapi sembahyang 1 kali setahun je, cuba selak balik sejarah..." dan bla bla bla.. Aiseh, memang power la ilmu dia! Budak Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. tapi sampai fizik pun dia tau, apa kes! Hack2 komputer pun dia pandai. Fuh, budak laki2 memang terror ek bab2 teknologi. "Saya tidur 1 jam je kat rumah. lain2 masa baca buku." Ha? tak ke nganga kitaorang. Patut la banyak menda dia tahu. Kenapa la tak sambung bidang Sains. Rugi! "Tapi kat UMK ni banyak lagi tidur.." hahaha.. memangla, suasana tidur.. amannnn je.. "Kenapa tak ambil jurusan lain?" "minat." "ambik jurusan apa?" "multimedia" oKeyla, tak penting pun semua ni. Just wanna to share that ada jugak orang yang banyak ilmu, tapi sanggup berkorban untuk apa yang dia minat. Padahal dia boleh pergi lebih jauh. Rezeki dan takdir dia lah tu, dapat apa yang dia minat. Certain orang tak dapat pun apa yang diorang impikan. Hari Last. Sesi bergambar di pagi hari.. huhu... |
You are subscribed to email updates from felda keratong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |